Archive for February, 2008

February 22nd, 2008

KELANA LAGI

Posted in kelana by Rudy

…aku akan cari kamu
saat bila rindu bertamu…
Kata sahabat aku ini. Aku diam. Mengangguk tanpa bicara.

Kata sahabat aku . Aku diam. Mengangguk tanpa bicara.Lagi. Berkelana.

Tanjung Tuan airnya bersih
Tempat mandi puteri bertiga
Jaga kelakuan jangan tersisih
Jasa dan budi menunjang warga.

* Selamat Pengantin Baru Attokz (pengapit aku semasa aku menjadi raja sehari dahulu). Maaf, tidak dapat hadir kerana bertugas di luar kawasan. Lagi! :(

February 22nd, 2008

Protected: CALON

Posted in bebas by Rudy

This post is password protected. To view it please enter your password below:


February 21st, 2008

KERANA LIMA PULUH RINGGIT

Posted in bebas by Rudy

Dia sms aku semalam. Berbahasa basi. Aku tahu dia dalam kesusahan. Aku suruh dia datang jumpa aku pagi tadi di pejabat.

Tetapi, kita hanya sekerdil-kerdil makhluk. Hebat perancangan kita, hebat lagi perancangan Tuhan. Aku dibelenggu kesibukan kerja sejak pagi. Terlupa. Terkejar-kejar mesyuarat di UNITEN. Kemudian petangnya ada mesyuarat lain di Jabatan. Aku sms dia. Aku janji kali kedua mahu telefon dia seusai mesyuarat. Leka dengan kerja. Kemudian, keletihan dan terus sahaja pulang tanpa melunaskan janji mahu menelefonnya.

Sampai di rumah hampir maghrib. SMS datang. Aku baca. Terkedu seketika. Allah! Aku terlupa. Dua kali aku berjanji. Kemudian, dua kali juga aku mungkiri. Segera aku telefon dia. Pertamanya aku buang ego sebagai manusia yang jauh lebih tua daripada dia. Aku minta maaf berkali-kali. Untuk dua janji yang aku mungkiri.

Aku berdoa. Moga-moga esok Allah bantu aku. Bantu aku melunaskan janji untuk menyerahkan not lima puluh ringgit yang mahu dipinjamnya. Aku tahu, dia benar-benar memerlukan not itu untuk belanja pengajiannya!

Kesal. Teramat.