Archive for February, 2008

February 26th, 2008

COME BACK

Posted in bebas by Rudy

Lama. Berehat. Sejak Ogos 2007. Tidak dijemput menjadi pengacara majlis rasmi. Hari ini, aku buat come back! Biasa. Bila sudah lama tidak beraksi. Asalnya target kesilapan sifar. Tapi, sedikit tergelincir.

Terima Kasih kawan. Beri aku kesempatan, ruang dan peluang untuk beraksi kembali.

February 24th, 2008

SURAT KEPADA TUN NYEMAH MULYA

Posted in bebas by Rudy

Tun Nyemah Mulya, hamba ini ingin bertanya. Hamba akan memilih pemimpin lapan hari bulan nanti. Pemimpin negeri yang dicalonkan di kawasan hamba, tidak menjadi masalah. Hamba kenal orangnya. Sebelum diberi peluang menjadi calonpun dia begitu dekat dengan kami. Majlis rakyat dia ada. Tunjuk muka bertanya khabar sakit demam dan pening kami. Dulu. Dahulu lagi sejak dia tidak tercalon dalam pemilihan yang lepas. Begitulah dia. Rendah diri orangnya. Tetap bersama kami rakyat jelata.

Tetapi, Tun Nyemah Mulya, Calon untuk kerusi negara di kawasan hamba ini bermasalah rasanya. Dia terpilih dalam pemilihan lalu. Apa kata orang. Calon “payung terjun” pendek kata. Entah dari kayangan mana turunnya. Alih-alih di kawasan kami dia mendarat. Dia menang kerana sindrom manut arahan kayangan. Impaknya maksima, Tun Nyemah Mulya. Hamba sudah agak. Sudahlah menang percuma dengan undi hamba-hamba rakyat jelata, tetapi turun menjenguk kamipun tiada. Entah di mana dia sepanjang 4 tahun selepas pemilihan lepas. Kami ingat dengan sikapnya, tiadalah dia dalam senarai calon kali ini. Tetapi, entah kuasa magis manalah agaknya dia ada, tercalonlah lagi dia kali kedua. Bagai halilintar membelah bumi kami mendengarnya. Sungguh. Sungguh terkejut hamba semuanya.

Makanya, hamba berdatang sembah kepada Tun Nyemah Mulya untuk bertanyakan pandangan. Wajarkah kami memilihnya sekali lagi. Atau bagaimana. Tetapi, Tun Nyemah Mulya. Hamba dah beristikharah. Nampaknya kelabu sifatnya, satu undi ini untuk dirinya. Pemimpin seperti ini perlu diajar dengan kuasa rakyat. Itu tekad hamba.

Soalan Kuiz 1: Siapakah Tun Nyemah Mulya dalam epilog ini?
Soalan Kuiz 2: Apakah maksud manut?

February 23rd, 2008

UCAP SELAMAT

Posted in bebas by Rudy

Epilog.

Beberapa tahun lepas. Ketika masih mengaji di universiti nun jauh di Borneo. Jam dua belas malam. Ketika hendak menuruni tangga. Disimbah berbaldi-baldi air sehingga lencun. Kemudian diketawakan beramai-ramai. Geram pun ada bukan? Tetapi segera terubat apabila dibawa rakan-rakan ke tengah padang. Ada susunan api lilin membentuk huruf ucap selamat dengan namamu. Segera membuatkan kamu menguntum senyum. Tanpa dipaksa-paksa. Manis bukan?  

Peristiwa itu memang tidak akan terlakar kembali. Tetapi, kenangannya segar dan terus mekar sehingga kini. Untuk sahabat aku yang seorang ini; Otanjyoubi omedetou! Selamat ulang tahun kelahiran yang ke dua puluh enam. Semoga Allah sentiasa merahmatimu. Moga ketabahan dan kekebalan hati menunjangi dirimu. Selalu. Tanpa jemu.