SURAT KEPADA TUN NYEMAH MULYA
Tun Nyemah Mulya, hamba ini ingin bertanya. Hamba akan memilih pemimpin lapan hari bulan nanti. Pemimpin negeri yang dicalonkan di kawasan hamba, tidak menjadi masalah. Hamba kenal orangnya. Sebelum diberi peluang menjadi calonpun dia begitu dekat dengan kami. Majlis rakyat dia ada. Tunjuk muka bertanya khabar sakit demam dan pening kami. Dulu. Dahulu lagi sejak dia tidak tercalon dalam pemilihan yang lepas. Begitulah dia. Rendah diri orangnya. Tetap bersama kami rakyat jelata.
Tetapi, Tun Nyemah Mulya, Calon untuk kerusi negara di kawasan hamba ini bermasalah rasanya. Dia terpilih dalam pemilihan lalu. Apa kata orang. Calon “payung terjun” pendek kata. Entah dari kayangan mana turunnya. Alih-alih di kawasan kami dia mendarat. Dia menang kerana sindrom manut arahan kayangan. Impaknya maksima, Tun Nyemah Mulya. Hamba sudah agak. Sudahlah menang percuma dengan undi hamba-hamba rakyat jelata, tetapi turun menjenguk kamipun tiada. Entah di mana dia sepanjang 4 tahun selepas pemilihan lepas. Kami ingat dengan sikapnya, tiadalah dia dalam senarai calon kali ini. Tetapi, entah kuasa magis manalah agaknya dia ada, tercalonlah lagi dia kali kedua. Bagai halilintar membelah bumi kami mendengarnya. Sungguh. Sungguh terkejut hamba semuanya.
Makanya, hamba berdatang sembah kepada Tun Nyemah Mulya untuk bertanyakan pandangan. Wajarkah kami memilihnya sekali lagi. Atau bagaimana. Tetapi, Tun Nyemah Mulya. Hamba dah beristikharah. Nampaknya kelabu sifatnya, satu undi ini untuk dirinya. Pemimpin seperti ini perlu diajar dengan kuasa rakyat. Itu tekad hamba.
Soalan Kuiz 1: Siapakah Tun Nyemah Mulya dalam epilog ini?
Soalan Kuiz 2: Apakah maksud manut?


jowopinter says:
Kalau saya nak jawap soalan yang no 2 saja boleh tak..?
February 24th, 2008 at 6:53 pm
SangPelangi says:
adakah Tuan Nyemah Mulya (Tuang Nyembah Mulia??) itu adalah perdana menteri kita?
Manut?? Aku ini Jawa nya dikacuk separuh Bugis.. Failed.. haha
February 25th, 2008 at 3:27 am
Rudy says:
JP>>> Jawab je la. huhuhuhu
Sangpelangi>>> salah salah. Hahahaah teka lagi.
February 25th, 2008 at 8:11 am
asuhara sue says:
alamak…fail betul kalau pasal2 ni…
February 25th, 2008 at 8:51 am
Elene says:
Tun Nyemah Mulya ialah Pahlawan wanita dulu kala kan.. (Saya surf internet)..
Manut tu: Ikut jer
February 25th, 2008 at 11:56 am
Rudy says:
Elene>>> Soalan 1 salah. soalan 2 ya betullllllllllllll
February 25th, 2008 at 1:02 pm
Elene says:
En. Rudy: Kalau ikut dalam konteks entri ni.. cakap dengan diri sendiri kot..
p/s kenapa entri pasal themesong blog ni ilang..
February 25th, 2008 at 2:13 pm
umebOsHi says:
Tun Nyemah Mulya: Khir Toyo? akkakak.. suka2 je main teka!!
February 25th, 2008 at 4:00 pm
acai says:
slm, manut tu retilah,ehehee..bang, mengundi kat depan umh mak ke kat tpt tinggal skrang?hehe..meriah oo tpt kita..:P
February 25th, 2008 at 4:56 pm
Hakim Dirani says:
Tun Nyemah Mulya? macam pernah baca. kalau tak salah watak dalam novel faisal tehrani. kalau tak salah 1515. kalau salah tolong tunjukkan.
February 25th, 2008 at 5:25 pm
Rudy says:
Hakim>>> ye betulllll
Acai>>> abg balik undi nanti. Tapi abang bengkek dgn MP tuh.
Umeboshi>>> Batsuuuuu. Â
February 25th, 2008 at 5:43 pm
wanoridz says:
khir toyo???
lelaki kacak si pemakan tempe itu?
baru ku tahu kesan tempe memakan masa yang panjang utk memancungkan hidung
February 25th, 2008 at 8:43 pm
Elene says:
Rudy.. tak aci.. kira betul la jawapan saya ari semalam. Saya pun surf internet dan nampak nama tu berkaitan dengan novel faisal..
Anyway.. dah bagi ke surat tu? Ngeh..
February 26th, 2008 at 9:45 am
Rudy says:
wan oridz >>> salah salah.
Elene >>>> kena la jwb lengkap…mcm hakim.
February 26th, 2008 at 12:33 pm
SangPelangi says:
ala.. tak acinye.. tak bace lagi 1515 tuh. So, next time, kalau bro nak buat teka teki, kasi la dulu seminggu awal2 ye? nanti kitorang leh wat preparation. Hahaha..
February 26th, 2008 at 3:04 pm
wan says:
hmm…tun nyemah mulya…kalau x silap saya kan…dia 2 watak dalam 1515 karya faisal tehrani…dlm novel 2 dia nie srikandi yang membalas dendam terhadap kejatuhan empayar melaka…dia membentuk pasukan untuk menyerang ferenggi di portugis sana…
daripada pembacaan saye…tak diketahui adakah tun nyemah nie benar2 wujud atau pun tidak…(kalau salah harap betolkan ye)…ada yg kata ya dan ade yg kata tidak…tp atma saya mengatakan tidak…apa pun…tun nyemah mulya nie adalah satu watak kebangkitan masyarakat melayu dan pemartabatan (maaf kalau silap) wanita dalam perjuangan..
February 26th, 2008 at 4:50 pm
Rudy says:
Sangpelangi >>>> segera beli novel itu mmg best sgt!
wan>>> ya betul!!!!!!!!!!! tp TNM hanyalah watak fiksyen menurut kata FT penulisnya.
February 26th, 2008 at 5:02 pm
wan says:
ya..melalui temubual saya dengan sahabat saya yang membuat kajian berkenaan dengan novel pascakolonial dimana novel ini adalah subjek kajiannya…Tun Nyemah adalah watak yang tidak wujud (juga kata dari Dr Mawar Syafie)
…diwujudkan adalah untuk menentang atau membalas kisah yang kita dahulu pernah tewas dgn barat (begitu la intipati perbualan dgn sahabat sya itu)…tp malangnya saya hanya mampu menghabiskan separuh sahaja dari buku itu
February 27th, 2008 at 8:09 am
szijopczkn says:
[url=http://uk.geocities.com/cheapupmkdietpil/cqdej-tl/tight-pussy-slammed-screaming-fucked-forced-hardcore.htm]tight pussy slammed screaming fucked forced hardcore[/url]
January 8th, 2009 at 5:14 pm
jopmvgbida says:
pantie hose porn picture
January 8th, 2009 at 5:15 pm
ctmfnlmb says:
ctmfnlmb…
ctmfnlmb…
April 26th, 2009 at 3:31 pm