UCAP SELAMAT
Epilog.
Beberapa tahun lepas. Ketika masih mengaji di universiti nun jauh di Borneo. Jam dua belas malam. Ketika hendak menuruni tangga. Disimbah berbaldi-baldi air sehingga lencun. Kemudian diketawakan beramai-ramai. Geram pun ada bukan? Tetapi segera terubat apabila dibawa rakan-rakan ke tengah padang. Ada susunan api lilin membentuk huruf ucap selamat dengan namamu. Segera membuatkan kamu menguntum senyum. Tanpa dipaksa-paksa. Manis bukan? Â
Peristiwa itu memang tidak akan terlakar kembali. Tetapi, kenangannya segar dan terus mekar sehingga kini. Untuk sahabat aku yang seorang ini; Otanjyoubi omedetou! Selamat ulang tahun kelahiran yang ke dua puluh enam. Semoga Allah sentiasa merahmatimu. Moga ketabahan dan kekebalan hati menunjangi dirimu. Selalu. Tanpa jemu.


HE says:
skrg….beberapa tahun umurnya….
February 24th, 2008 at 12:04 pm
amerzaman says:
tahniah atas penglibatan anda dalam masuk barisan! aku tak tau pula menulis blog ini bukan setakat meluah rasa hati. teruskan berkarya. sebab aku teringin jumpa kau dalam bidang penulisan akan datang.
February 25th, 2008 at 8:08 pm
Azhar Ahmad says:
Ahahahha, kenangn manis usah dipadam…
February 27th, 2008 at 4:30 pm
ejwvyzqrux says:
amateur free picture porn sex
January 8th, 2009 at 5:12 pm