KEMUDAHAN KESIHATAN KELAS PERTAMA

“Untunglah kau. Aku ni kalau nak ke klinik, kena pergi klinik kerajaan. Kena tunggu lama. Kadang 2-3 jam baru dapat jumpa doktor. Kadang-kadang cuma dapat jumpa MA bukannya Doktor. Doktor panel swasta lagilah tak ada. Untung orang macam kau. Kerja kat badan berkanun macam tu”, Kata Sahabat aku. Seorang PTD di Kementerian. Satu ketika dahulu. 

Aku bersyukur sangat. Kerana Tuhan beri aku peluang bekerja di organisasi yang mantap pengurusannya. Walaupun jabatan aku ini close service sifatnya; bilangan jawatan agak terhad dan perlu bersaing untuk kenaikan pangkat, tetapi dari satu sudut lain ada kebaikannya.

Sebagai contoh, jabatan aku mempunyai sebuah entiti yang menyediakan kemudahan rawatan kesihatan yang serba lengkap. Bilangan doktor yang ramai, jururawat yang mesra dan hampir semua jenis perkhidmatan rawatan disediakan. Selesa sekali.

Ironinya, aku sudah lama tidak ke entiti ini. Tetapi, pagi tadi ketika bertemujanji dengan Doktor F yang paling aku suka, aku terkejut kerana kaunter mereka telah diubahsuai dan amat mesra pelanggan sekali. Tiada gap lagi antara pesakit dan staf. Pesakit tidak perlu tunggu lama. Mereka punya masa standard dari mula pesakit mengambil nombor hingga mendapatkan ubat. Kami tidak perlu menunggu terlalu lama untuk berjumpa doktor. Ubat pula dari kelas pertama!. Beginilah apabila ISO menjadi teras. Pelanggan pula menjadi fokus servis, maka segala-galanya menyenangkan. Memudahkan.

Malah bukan Suri dan sicilik sahaja boleh mendapatkan rawatan di sini, tetapi juga abah dan mak juga boleh mendapatkan rawatan percuma. Itu yang paling aku bersyukur. Bukan setakat itu sahaja, kami juga berpeluang mendapatkan rawatan di klinik panel swasta di luar yang berdaftar dengan organisasi. Terima Kasih Tuhan! Syukur. Moga-moga aku antara umat Muhammad SAW yang tahu bersyukur kepada Tuhan.

Oh ya! Kalau kalian mahu ke entiti kami ini boleh juga. Aku dengar ia juga dibuka untuk orang awam. Tetapi tidaklah percuma. Dikenakan bayaran seperti di klinik swasta di luar. Servisnya nombor wahid! Ubatnya juga ubat kelas pertama! Kita berusaha mencari penawar penyakit. Tetapi Tuhan jua yang menyembuhkan. Tuhan sudah berjanji bukan? Setiap sakit pasti ada ubatnya. Wallahualam.

SAGUHATI

 

Kalian anak Kelantan? Pengundi? Mahu balik Kelantan untuk mengundi? Mahu dibayar saguhati petrol? Esok hari terakhir untuk mendaftar. Sila ke Tingkat 28, PWTC. Sebelum jam 5 petang. Tiada syarat apa-apa. Hanya pastikan kalian sudah mendaftar sebagai pengundi.

* Baru balik mendaftar. 🙂

TAHAJUD

Sebagai Muslim, baki masa tidur itu sebaik-baiknya dihabiskan dengan tahajud. Tahajud sebenarnya menjadikan hormon melatonin berada dalam keadaan stabil. Hormon ini membentuk sistem kekebalan dalam tubuh dan mengawal pergerakan hormon estrogen.

Aku baca ini di laman web sahabat ini. Setiap Tuhan jadikan itu pasti bersebab. Subhanallah! Hebat. Tiada Tuhan selain dariMu Allah. Jom Tahajud.