TERSEDU
Aku baca catatan sahabat ini. Pertengahan bacaan sudah cukup menggetarkan jiwa. Bacalah dengan nama Tuhanmu.
Aku baca catatan sahabat ini. Pertengahan bacaan sudah cukup menggetarkan jiwa. Bacalah dengan nama Tuhanmu.
“Nilai wang ringgit mampukah melawan nilai sebuah persahabatan?” SMS-nya tiba-tiba.
“Andai ringgit jadi keutamaan, bukan matamu yang buta, tetapi hatimu di dalam dada”, Dia lagi.
Aku angguk berkali-kali.
Sekali lagi kali ketiga.Tahun ketiga. Ucapan terima kasih kepada pihak penganjur atas kesudian menjemput aku sebagai hakim pertandingan pantun pada tahun ini. Meskipun, tersebar cerita tidak benar bias kepada pasukan tertentu, dalam pertandingan akhir tahun lepas, tapi aku ketepikan perasaan kecewa dengan fitnah itu demi memartabatkan warisan pantun. Buat biasa dan selamba sahaja.Â
Terima Kasih atas kepercayaan yang masih tersisa. Tahun ini sepatutnya aku jadi hakim hingga ke separuh akhir sahaja, tetapi pagi ini ia berubah. Aku diminta menjadi hakim hingga ke peringkat akhir liga sahaja. Terima Kasih. Ia sudah cukup menggembirakan aku kerana dapat bersama-sama memperjuangkan warisan yang ada.
Fitnah ada dimana-mana. Tetapi percayalah.
Yang Haq pasti muncul dengan yang bathil terkendang ke tepi jua.