MAKAN KESIHATAN: SAYUR CAMPUR OAT
Cuti Thaipusam. Sempat ke dapur bersama Suri. Lawan sudip dan kuali. Lama sungguh tidak tunjuk skills! :p
SAYUR CAMPUR OAT
Bahan-bahannya;
100 gram Kobis bunga
100 gram Kailan
100 gram Lobak merah
100 gram brokoli
50 gram daging ayam dicincang
4Â biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu camca oister sos
1 sudu camca kicap manis
1 sudu besar oat
1 sudu tepung beras yang dicairkan dengan air
3 sudu besar minyak olive
gula dan garam
Cara-cara memasak;
Hiris halus bawang besar bawang kecil dan bawang putih.
Panaskan minyak olive dan tumiskan bawangan tadi sehingga garing.
Kemudian, masukkan daging ayam yang dicincang.
Masukkan oister sos dan kicap cair.
Dan diikuti dengan sayur-sayuran (mulakan sayur keras seperti lobak merah).
Tambah sedikit air (Jangan sampai banjir ya… cukup untuk tidak membuatkan sayur jadi rentung)Â
Selepas 2 minit, masukkan gula dan garam. Sebelum masukkan cairan tepung beras (biarkan jadi sedikit berkuah).
Kemudian akhir sekali taburkan oat dan gaulkan.
Angkat dan hidangkan! Selamat mencuba!
* Boleh tambah cili burung dan segala mak nenek cili kalau mahu pedas.
* Boleh tambah variasi sayur-sayuran lain. Lagi enak jika sayur tidak begitu masak.
* Boleh tukar tepung beras dengan tepung jagung atau tepung gandum biasa. Janji jangan SANTAN!Â


