MUSIM HIJRAH TETANGGA: SELAMAT TINGGAL BATRISHA
Dua minggu lepas semasa aku di luar negara. Jiran di hadapan rumah berpindah. Tidak tahu ke mana.
Kemudian, tadi aku terdengar perbualan jiran di sebelah kiri dengan jiran di sebelah kanan rumah. Jiran sebelah kiri rumah akan berpindah hari ini. Katanya jauh berulang dari sini ke tempat kerjanya di Selayang. Jadi dia mahu menyewa di Selayang. Aku nak tolong angkat barang, tapi dia kata tak mengapa. Sebab dia guna agensi. Semua sudah dibayar. Aku hanya tolong melihat sahaja.
Sicilik pasti akan terasa kehilangan. Kerana jiran aku itu ada seorang puteri kecil yang hampir sebaya dengan sicilik. Setiap petang atau cuti hujung minggu, akan berlaku sesi panggil-memanggil antara satu sama lain. Kalau hari ini anak aku, esok anak jiran aku.
“Tawannnn..ooo…tawan“, Anak aku/anak jiran aku.
Maka masing-masing akan keluar rumah dengan basikal masing-masing. Berbual tot tet tot tet sambil berbasikal di dalam pagar. Mereka gelak ketawa sambil kami masing-masing terhibur melihat gelagat mereka.
Wah. Makin sunyilah tanpa jiran tetangga. Ada sesiapa mahu berpindah di sebelah dan hadapan rumah aku? Sewa lima ratus ringgit sahaja. Haha!
*tawan-kawan (pelat sicilik)Â


Azhar Ahmad says:
500? Murah gilerrr
January 27th, 2008 at 11:49 pm
Daddycute says:
jangan besakan anak2 ckap pelat,nnt smpai beso jd pelat!!!!!seperti yg berlaku kepada jiran sayer!!!!!!!!
>>> TAK BIASAKAN PUN. KAMI GUNAKAN BAHASA MELAYU STANDARD. CUMA DIA PELAT SENDIRI.
Â
January 28th, 2008 at 7:15 am
asuhara sue says:
cerita pasal pindah, saya pun nak pindahhhh jugak…..
rumah yang ada x serasi..
boring, x de privacy…
nak tanam bunga pun x de mood! apalagi tanam sayur! lol..
gomen! telepas tensen kat sini plak..
arigato neh!
January 28th, 2008 at 1:47 pm
fermentas says:
menghitung hari untuk pindah..
January 28th, 2008 at 7:18 pm