January 25th, 2008

BINA

Posted in bebas by Rudy

Bangunan 3 tingkat setengah itu sudah hampir siap. Kerja-kerja akhir sedang dilaksanakan sebelum pemeriksaan menyeluruh dibuat hari ini. Pemilik bangunan itu ialah jabatan aku. Aku pula mewakili Ketua Jabatan dalam hal ehwal pembangunan dan infrastruktur jabatan.

Pengalaman aku memang kosong dalam bidang senibina. Jauh sekali bidang teknikal dan kejuruteraan. Selama mengambil alih tugas ini daripada pegawai sebelum ini pada pertengahan Ogos 2007, aku banyak sekali belajar perkara baru tentang pembinaan sebuah bangunan.

Saban minggu ke tapak pembinaan. Memakai topi kuning dan kasut but getah tinggi berwarna kuning juga. Memegang selembar kertas pelan bangunan. Wajib periksa agar ia menepati spesifikasi jabatan. Tidak boleh serah bulat-bulat kepada konsultan dan kontraktor. Memang mengasyikkan. Walaupun penat sedikit. InsyaAllah Februari ini segalanya selesai. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Tiada lagi kelewatan.

Selesai yang ini, projek seterusnya aku sedang rancang bina sebuah lagi bangunan di tepi tasik sedia ada di jabatan. Moga-moga lagi sekali dipermudahkan. Ongkosnya? Pandai-pandailah aku nanti, korek sana sini dari wang tabung amanah. InsyaAllah demi anak bangsa yang dahagakan ilmu, kami bina sebuah lagi kota peradaban untuk perjuangan agama, bangsa dan negara. Moga-moga mereka belajar sungguh-sungguh kelak, dengan prasarana yang tersedia.

Puas! Bila bangunan tersebut siap nanti! Doakan.

* Wahai Bulan mengambang, cepatlah kau berlalu!  

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

4 comments

  1. warispengiran says:

    Nampaknyer cerita kita hampir sama ya En.Rudy…saya juga kosong dlm bidang pembinaan, teknikal mahupun kejuruteraan.. tetapi terus dilambakkan dengan satu projek pembangunan sejak September 2007 yang juga dijangka siap Februari ini..semoga sama2 tugas kita dipermudahkan..Amin!!!

    January 25th, 2008 at 9:39 am

  2. Azhar Ahmad says:

    Huhuhu, saya juga buat bangunan. Tapi hanya maya. Pembangunan diri…. Bangunan Rohani dan Jasmani. Tengah pasang cerucuk amalan, agar nanti tak goyah ditimpa badai….

    January 25th, 2008 at 10:43 am

  3. hazri says:

    Bina la kafe yang lebih sempurna, nanti tidaklah basah berhujan masa sedang menikmati makanan, hehe… Kesian abang cashier kena angkat meja kaunter letak bawah bumbung yang ciput tu, bersempit dengan tempat order air…

    January 25th, 2008 at 3:28 pm

  4. SangPelangi says:

    Wah..mesti seronok kan?
    Bergaya seperti seorang jurutera awam.. ala.. macam dalam drama Samarinda tu..

    >>> Ehehehehe. Bukan setakat bergaya sahaja tetapi, terpaksa belajar kerja seorang jurutera. Memang payah. 

    January 26th, 2008 at 12:32 am