January 23rd, 2008

MAKAN KESIHATAN: SAYUR CAMPUR OAT

Posted in resipi by Rudy

Cuti Thaipusam. Sempat ke dapur bersama Suri. Lawan sudip dan kuali. Lama sungguh tidak tunjuk skills! :p

SAYUR CAMPUR OAT

Bahan-bahannya;

100 gram Kobis bunga
100 gram Kailan
100 gram Lobak merah
100 gram brokoli
50 gram daging ayam dicincang
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu camca oister sos
1 sudu camca kicap manis
1 sudu besar oat
1 sudu tepung beras yang dicairkan dengan air
3 sudu besar minyak olive
gula dan garam

Cara-cara memasak;

Hiris halus bawang besar bawang kecil dan bawang putih.
Panaskan minyak olive dan tumiskan bawangan tadi sehingga garing.
Kemudian, masukkan daging ayam yang dicincang.
Masukkan oister sos dan kicap cair.
Dan diikuti dengan sayur-sayuran (mulakan sayur keras seperti lobak merah).
Tambah sedikit air (Jangan sampai banjir ya… cukup untuk tidak membuatkan sayur jadi rentung) 
Selepas 2 minit, masukkan gula dan garam. Sebelum masukkan cairan tepung beras (biarkan jadi sedikit berkuah).
Kemudian akhir sekali taburkan oat dan gaulkan.
Angkat dan hidangkan! Selamat mencuba!

* Boleh tambah cili burung dan segala mak nenek cili kalau mahu pedas.
* Boleh tambah variasi sayur-sayuran lain. Lagi enak jika sayur tidak begitu masak.
* Boleh tukar tepung beras dengan tepung jagung atau tepung gandum biasa. Janji jangan SANTAN! 

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

12 comments

  1. Azhar Ahmad says:

    Wahhh boleh ikut nehhh.. Healthy sungguh….

    kalau guna corn flour pun ok kan ganti tepung beras kan?

    January 23rd, 2008 at 9:57 pm

  2. Daddycute says:

    perghhhh…bile chef jepun dah pulang ke dapur,bkn main lagi tnjukk skills!!!!!huhuhu

    January 24th, 2008 at 6:59 am

  3. warispengiran says:

    wah…mcm besh jer…buleh try kat dapur bujang nie..eheh!

    January 24th, 2008 at 8:14 am

  4. eda tahir says:

    saudara ni org mane ek?mcm knl je felda BR tu…

    January 24th, 2008 at 9:46 am

  5. palie says:

    menarik gak ni… nanti kalu tiada halangan masa + kemalasan melampau… bleh laa try wat gak..

    January 24th, 2008 at 12:17 pm

  6. fermentas says:

    sesuai utk mereka yg berkolestrol tinggi..apa lagi cuba la..hehehe boleh jadi duta Quaker Oat ni abg rudy.. :)

    January 24th, 2008 at 12:24 pm

  7. jowopinter says:

    Ini menu vegeratian ek..?

    January 24th, 2008 at 5:19 pm

  8. jowopinter says:

    Vegetarian…

    January 24th, 2008 at 5:20 pm

  9. syasa syawalin says:

    nyum… nyum….

    April 30th, 2008 at 11:57 am

  10. Penis Enlargement says:

    Speech on the health of the penis, exercises, penis enlargement pills, anatomy of the woman, clitoris, informations on sex, positions, health and much more. Visit: http://www.sinepenis.com

    August 6th, 2008 at 9:49 pm

  11. fqvcxyzsju says:

    [url=http://uk.geocities.com/killerpainaovpil/xniht-jl/hot-girls-nude-pussy.htm]hot girls nude pussy[/url]

    January 8th, 2009 at 5:11 pm

  12. Mesothelioma Cells says:

    just searched by….

    God love google, helpful material. Have a great day….

    March 19th, 2009 at 11:32 pm