January 1st, 2008

DUA RIBU LAPAN

Posted in puisi by Rudy

Embun belum mahu bertebaran
Meski dinihari hampir memuncak 
Akhir hari disember tiga puluh satu
amat hangat terbakar.

Tengkujuh tamatkah
Bah surutkah
Kemarau menjelmakah
Atau terganti dengan bumi bergempa
pada tiga perpuluhan lima skala ritcher
nun di bukit yang tinggi
Pahang bukan Sumatera!

Apalagi agaknya tahun baru nanti
merapi meletuskah
memadamkan bait-bait fakta
di Buku Geografi sekolah.Dua ribu lapan hadir
Kedut usia bumi menjadi-jadi
sedangkan sorak sorai
sang alpa aku
masih gempita
tanpa mahu memikirkan
betapa pinggirnya Tuhan
daripada setiap abdiNya!

Rudy Bluehikari
31 Disember 2007

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

7 comments

  1. bailey says:

    selamat tahuhn baru. =)

    January 1st, 2008 at 6:27 pm

  2. fermentas says:

    epi new year en rudy :)

    January 2nd, 2008 at 9:59 am

  3. Azhar Ahmad says:

    Owhh owhhh….. Percayalah dengan ketentuan Allah…

    January 2nd, 2008 at 12:14 pm

  4. Ahmad Azal Afarok says:

    Akemashite Omedetou Gozaimasu, kotoshimo yoroshiku onegaishimasu…

    Ahmad Azal Afarok
    http://www.binausahawan.com
    #tiada yang musthil#

    January 2nd, 2008 at 9:34 pm

  5. drnehar says:

    Assalamualaikum…
    Selamat 2008!
    “Apalagi agaknya tahun baru nanti
    merapi meletuskah”

    Menteri kesihatan meletakkan jawatan atas sebab mengaibkan…

    January 3rd, 2008 at 7:21 am

  6. aliff says:

    Selamat Tahun Baru Abang Rudy!

    January 3rd, 2008 at 9:15 am

  7. hata says:

    Selamat Tahun Baru!

    January 4th, 2008 at 9:36 am