DOUBLE STANDARD?

Di radio pagi ini. Pendengar diminta menelefon konti. Ucapan dan ulasan sempena keberangkatan balik ke sisi AlKhaliq, seorang hamba Tuhan yang terkenal dalam dunia hiburan.

Tetapi, rasa sedikit terpinggir. Kerana keberangkatan balik ke Rahmatullah, seorang bekas mufti pada hari yang sama, tidak pula ada segmen khas untuk membolehkan khalayak menyampaikan ucapan takziah. Malah dalam siaran berita di tivi semalam, hanya penyampai berita yang menyampaikan. Tiada temuramah khalayak mengulas keberangkatannya ke rahmatullah tokoh yang telah banyak berjasa ini kepada umat Islam. Berbeza dengan yang seorang tadi.

AlFatihah! Moga Allah cucuri Rahmat ke atas mereka.

TERKENA

 

“Jom makan takoyaki“, Aku.

“Apa tu?”, Kawan aku.

Aku suruh dia duduk dahulu di meja. Kemudian belikan dia takoyaki Malaysia. Nama takoyaki Malaysia sebab ia sudah di Malaysiakan. Mana ada takoyaki berintikan ikan dan udang? Di Malaysia sahaja ada. Maksud “tako” itu sendiri ialah sotong kurita! [Ya sotong kurita yang sangat enak dimakan ketika ia masih menggeletek hidup. Dihiris-hiris nipis sebaik dikeluarkan dari laut yang masin. Kemudian dicicah dengan soy sos dengan sedikit perahan limau nipis atau halia. Fuh! Memercik air liur! Tiada bau hamis atau hanyir. Dagingnya manis!]

Takoyaki Malaysia sudah banyak terjual di Malaysia. Aku selalu beli di Midvalley. Mesti beratur panjang walaupun harga untuk 3 biji sangat mahal. Dek kerana aku sudah lama tidak makan, maka gagahkan diri jua mengeluarkan kertas-kertas ringgit demi tiga biji takoyaki itu!

Masa aku beli, sayangnya takoyaki sebenar sudah habis dijual. Tinggal inti udang dan inti B sahaja. Aku nakal. Maka aku beli takoyaki inti B. Mesti seronok kawan aku kunyah tanpa dia tahu apa isinya.

Dia makan tanpa suara. Katanya sedap. Pertama kali merasa walaupun rasa pelik di lidah! Inti B macam daging ikan keli katanya lagi. Aku angguk memang itu ikan keli. Sambil senyum-senyum. Rasa mahu ketawa tetapi aku tahan. Tahan jangan sampai bocor rahsia.

Esok pagi, kawan aku tanya, apa inti B itu. Aku jawab inti B itu BELUT!

Bluehhhh!!! Dia rasa mahu muntah. Aku gelak guling-guling. Di situ juga. Taubat katanya. Dia memang penggeli dan pernah suatu ketika bercerita, itulah benda yang dia tidak boleh makan!

Yay! Berjaya!

* Lepas ini aku nak bagi dia makan Unagi Bento pula! Mesti seronok! [Ada sesiapa tahu restoran Unagi Bento yang sedap di Malaysia?]

MINUMAN KESIHATAN: COKLAT PANAS OAT HABBATUSSAUDAH

Ini minuman wajib aku setiap pagi. Sebab aku tak minum kopi atau teh. Memang payah kalau orang yang ada angin dalam badan. Kalau pergi ke rumah orang, terpaksa tebal muka minta air masak. Sebab aku tidak mahu terima penangan angin yang tak mahu lepas dari dalam badan. Bernafas pun tidak puas.

Bahan-bahannya;

2 Sudu besar Milo atau coklat
2 Sudu besar Madu lebah tualang asli
2 Sudu besar susu tepung anlene
4 Sudu besar Oat
1/2 camca kecil minyak habatussaudah
Air panas secukupnya

Campurkan semua bahan dalam sebuah mug. Hirup ketika masih hangat. Memang sedap walaupun akan sedikit terganggu dengan bau minyak habbatussaudah sedikit. Tapi ia cukup memberikan tenaga pagi anda!

* Aku tidak minum ais hampir setahun! Jom terima cabaran ini!