December 26th, 2007
Aku memeriksa peti sejuk yang sudah lama tidak diperiksa isinya. Aku jumpa epal alum (kecut). Entah berapa lama ia tersimpan. Macam elok lagi. Aku gigit. Cuba kunyah epal yang sudah alum (kecut) itu lambat-lambat. Belumpun beberapa saat aku sudah luahkan semula. Tidak sedap. Aku campak ia ke dalam tong sampah di tepi pintu. Gagal memasuki tong sampah lalu terpelanting ke dinding dan mengenai kepala aku semula. Aduh!
Tidak.
Aku terjaga dari tidur. Mimpi rupanya! Hurm. Simpul menyimpul siratan mimpi. Terbayang epal kecut itu semula. Argh! Tak mahu ingat dah.
Sambung tidur semulalah.
December 26th, 2007
Kedai makan di sekitar rumah aku hampir 90% masih tutup. Penangan cuti hari raya haji.Â
Khalayak warga Kelantan ramai yang berhijrah ke Pantai Barat Semenanjung. Sinonim sekali mereka membuka kedai makan. Berdekatan dengan rumah aku ini adalah hampir 10 buah kedai makan yang diusahakan mereka.
Impaknya, apabila cuti raya haji mereka akan menutup kedai sampai seminggu untuk balik kampung. Usah bermimpi untuk makan di kedai mereka dalam tempoh 3 hari raya. Malam semalam aku tengok ada satu sahaja kedai yang buka. Malam tadi pula kedai yang semalam buka ditutup pula. Hanya satu kedai yang dihujung sini sahaja yang buka. Bayangkanlah dengan jumlah pengunjung yang ramai, terpaksa menunggu lama nak dapat pesanan makanan.
Padan muka. Siapa suruh malas masak!
December 25th, 2007
Minggu lepas, minggu kuew Teow sedunia! Aku dapat rasa dua jenis gorengan Kuew Teow paling enak untuk dirasa bagi penggemar makanan ini.
Pertama di Restoran Madam Kwan di Midvalley, Kota Lumpur. Walaupun harganya sedikit mahal. Tapi dua ekor udang besar dan banyaknya kuew teow yang terhidang memang mengenyangkan. Apatahlagi servisnya yang cepat.
Kedua di Restoran Key’s di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Terdapat 3 saiz char kue teow boleh dipesan. Saiz S pada harga RM3, Saiz M pada harga RM4 dan Saiz L pada harga RM5. 3 ekor udang dan lebih 10 ekor kerang menjadi bahan tambahan masakan ini. Kalau sesiapa yang ke Pulau Pinang, memang ini antara restoran wajib untuk dikunjungi. Uniknya restoran ini, kita perlu memesan makanan dengan sendiri pada satu kertas pesanan dengan pensil tersedia di meja. Kemudian, kita bayar harga pesanan makanan di kaunter dahulu. Aku teruja dengan cashier. Mereka menggunakan mesin kira berkomputer dengan perisian yang direka khas. Malam itu aku tempah char kuew teow tanpa cili dan tauge. Di mesin kira berkomputer itu ada butang [tanpa tauge], [lebih tauge], [tanpa pedas], [sedikit pedas], [pedas] dan [sangat pedas]. Kalau minuman pula ada butang [tanpa susu], [lebih susu] dan [tanpa gula]. Macam-macam butang lain aku tengok. Punyalah hebat. Tapi, satu perkara yang aku tidak gemar ialah tahap servisnya yang maha lembab. :p
Dulu masa aku bujang dan tinggal di kawasan Equine Park, Selangor, aku suka air tangan seorang penjual kueow teow bergerak yang dikenali sebagai Abang Botak. Abang botak ini orang Penang. Memang sedap char kuew teow masakannya. Aku duduk kawasan itu tidak lama. 3 bulan kemudian aku pindah. Tak tahu apa cerita dia sekarang. Terkini aku ada ternampak satu restoran menggunakan nama “Botak Char Kuew Teow” di satu kawasan berdekatan rumah aku. Aku tidak pasti ini Abang Botak yang pernah menjual secara bergerak dahulu atau bukan. Aku cadang nak makan malam di restorannya tadi, tapi tutup pula. Aduh!
* Kuew Teow togel satu! Togel tanpa udang, kerang dan tauge! Huhuhuhuhuhu.