Archive for December, 2007

December 28th, 2007

Protected: EPAL ll

Posted in bebas by Rudy

This post is password protected. To view it please enter your password below:


December 27th, 2007

UNTUK KAMU

Posted in bebas by Rudy

The Kite Runner karya Khalil Hosseini itu bertukar tangan.

“Erkk..?”, Sahabat aku.

“Ya, untuk kamu. Besday! “, Aku.

Aku tidak tahu dan tidak mahu meneka perasaannya.

December 27th, 2007

LEBUHRAYA TIMUR-BARAT

Posted in bebas by Rudy

Tok Sami Menteri Kabinet Segala Kerja Raya, tolonglah kambus lubang-lubang di sepanjang lebuhraya Timur-Barat. Sudah makan nyawa lubang-lubang itu. Suri yang melalui jalan itu sekembalinya dari Pulau Pinang menyatakan kebenaran kewujudan lubang-lubang di sepanjang lebuhraya berkenaan. Risau aku. Selagi Suri tak sampai Kota Bharu, selagi itu aku tidak senang duduk. Memanglah lebuhraya itu tiada keuntungan. Sah sah tiada tol. Tapi, nyawa manusia rakyat Malaysia itu modal insan yang menjadi aset negara. Siapa nak bangunkan negara kalau mereka terkorban muda-muda lagi.

Lagi satu, pemandu-pemandu Malaysia ini cubalah hadhari banyak. Perilaku di jalanan itu jaga betul-betul. Bukan sedap tekan pedal minyak kenderaan sahaja. Ngantuk atau letih, rehat dahulu. Tunda perjalanan pun tidak mengapa. Apalah sangat benda yang hendak dikejar.

* rujuk akhbar tempatan kemalangan ragut nyawa di Grik dari majlis pertunangan.