Archive for November, 2007

November 19th, 2007

TALI LEHER WARNA PERAK

Posted in bebas by Rudy

Aku tengah cari tali leher warna perak. Esok kena bagi ceramah. Tetapi tidak jumpa-jumpa. Aku cakap dengan sahabat aku. Kemudian, dia salahkan aku yang cuai meletak barang. Merata-rata.

Aku memang begitupun. Aduhai. Samalah kes mencari pen drive hari tu. Kepada dia juga aku mengadu. Akhirnya aku jumpa semula selepas diamati tarikh akhir aku meletaknya. Seperti biasa, aku kena bebel dia tak semena-mena. Tali leher oh tali leher. Dimana dikau? Geramnya.

November 18th, 2007

TEMAN TERULUNG

Posted in bebas by Rudy

Teman Terulung
(Anuar Zain/Azalea)

Bila bertaut senyuman
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaanmu
Seindah kejujuranmu

Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Mekar kudup penantianku
Hadirnya teman sejati

Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri dengan mu disisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu.

Terima kasih atas dorongan dan kata nasihat.
Paling agung teman terulung.

* Download teman terulung versi asal azalea.

November 16th, 2007

MARI MENGGOSOK BAJU

Posted in bebas by Rudy

“Esok saya ada mesyuarat. Tolong gosok baju saya boleh?”, Dia.

Kekoknya menggosok kemeja dan seluar. Kali terakhir akhir tahun lepas!

Terima Kasih Suri :)