Archive for November, 2007

November 28th, 2007

Protected: SAAT INI

Posted in bebas by Rudy

This post is password protected. To view it please enter your password below:


November 28th, 2007

DEBAT DIRAJA 2007

Posted in bebas by Rudy

25. 26. 27 hari bulan. Ahad. Isnin. Selasa. Sepatutnya sampai 28 dan 29 hari bulan. Rabu dan Khamis. Berkampung di Shah Alam.

Lama juga tidak turun padang. Sejak Pertandingan Debat Integriti tempohari. Kali ini, dewan perdebatan Pertandingan Debat Diraja IPTA 2007 dibuka dengan lebih 50 pasukan bertanding. Peluang yang diberikan untuk bersama-sama melahirkan bakal-bakal pemimpin masa depan Malaysia aku sambut dengan baik.

Terima kasih kepada penganjur atas kepercayaan lantikan menjadi hakim. Otak diperah dengan begitu hebat. Pada satu-satu masa, aku terpaksa berseorangan menghakimi dua pasukan yang bertemu menegakkan hujah. Menjadi hakim supreme bukan mudah. Tidak boleh leka sepicing pun. Emosi dan sentimen tidak boleh dijadikan sandaran untuk memenangkan satu-satu pasukan.

“Suku akhir selesai. Kau standby hakim separuh akhir”, Ketua Hakim.
“Eh?”, Aku.

Bukan tidak mahu. Tetapi separuh akhir biarlah orang yang lebih berpengalaman. Suku akhir pun sudah hebat inikan pula separuh akhir. Lagipun aku perlu bergegas pulang ke pejabat. Ada kerja perlu diselesaikan.

Sekalung tahniah kepada pasukan yang berjaya. Bagi yang tiada rezeki, usaha lebih kuat lagi pada tahun hadapan.

* Isnin dan Selasa. Ke pejabat pada waktu malam untuk membereskan kerja. Pandai-pandailah bahagikan masa!

November 27th, 2007

KEJUTAN

Posted in bebas by Rudy

Tiga tahun pun tidak lagi umurnya. Entah apa ramuan Suri. Minggu ini secilik sudah hafal doa makan. Mungkin berkat cuti sekolah. Suri tidak bekerja dan hanya duduk di rumah. Alahai, comel sahaja bila dengar dia baca doa makan dengan tangan ditadahkan ke langit. Cuma ayat “wakina aza bannar” sahaja sicilik agak keliru.

Entah bagaimana, dia boleh sambungkan “wakina” dengan “bannar” itu sehingga kedengaran comel bunyinya. Moga-moga terang hati permata hatiku, Tuhanku. Amin.