November 28th, 2007

DEBAT DIRAJA 2007

Posted in bebas by Rudy

25. 26. 27 hari bulan. Ahad. Isnin. Selasa. Sepatutnya sampai 28 dan 29 hari bulan. Rabu dan Khamis. Berkampung di Shah Alam.

Lama juga tidak turun padang. Sejak Pertandingan Debat Integriti tempohari. Kali ini, dewan perdebatan Pertandingan Debat Diraja IPTA 2007 dibuka dengan lebih 50 pasukan bertanding. Peluang yang diberikan untuk bersama-sama melahirkan bakal-bakal pemimpin masa depan Malaysia aku sambut dengan baik.

Terima kasih kepada penganjur atas kepercayaan lantikan menjadi hakim. Otak diperah dengan begitu hebat. Pada satu-satu masa, aku terpaksa berseorangan menghakimi dua pasukan yang bertemu menegakkan hujah. Menjadi hakim supreme bukan mudah. Tidak boleh leka sepicing pun. Emosi dan sentimen tidak boleh dijadikan sandaran untuk memenangkan satu-satu pasukan.

“Suku akhir selesai. Kau standby hakim separuh akhir”, Ketua Hakim.
“Eh?”, Aku.

Bukan tidak mahu. Tetapi separuh akhir biarlah orang yang lebih berpengalaman. Suku akhir pun sudah hebat inikan pula separuh akhir. Lagipun aku perlu bergegas pulang ke pejabat. Ada kerja perlu diselesaikan.

Sekalung tahniah kepada pasukan yang berjaya. Bagi yang tiada rezeki, usaha lebih kuat lagi pada tahun hadapan.

* Isnin dan Selasa. Ke pejabat pada waktu malam untuk membereskan kerja. Pandai-pandailah bahagikan masa!

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

3 comments

  1. fermentas says:

    pengalaman yg menarik..tahniah menjadi hakim yang hebat..

    November 28th, 2007 at 2:01 pm

  2. HE says:

    wah pelbagai cabang, sugoi ne,, pantun sudah, debat sudah, selepas ini…apa pula agaknya

    November 28th, 2007 at 4:47 pm

  3. Azhar Ahmad says:

    Owhhh, ingat nak pergi, tetapi tertarik dengan teater kat UM. Lagipun sibuk bersidang…

    November 29th, 2007 at 4:13 am