Archive for October, 2007

October 12th, 2007

PERJALANAN

Posted in bebas by Rudy

 
* foto oleh http://www.flickr.com/photos/coffeefloat/
(resipi raya yang aku suka: rempeyek, tempe & pecal)

Aku bertolak balik dari Kota Lumpur ke Kota Bharu jam 4.30 pagi semalam. Perjalanan agak lancar. Cadang nak bersahur di McDonald Gombak, tapi tak kesampaian kerana kereta bersusun banyak di Drive Tru McD. Sedangkan waktu imsak sudah semakin hampir. Maka aku segera ke restoran mamak bersebelahan. Itupun cuma dapat nasi putih, ayam goreng dan kicap sahaja! Makanan lain sudah habis!

Kami sembahyang Subuh di Petronas Bentong sebentar. Masalah sungguh kerana ruang solat yang kecil dan bilangan pengunjung yang sangat ramai.

Ketika memasuki Bentong. Kereta berpusu di susur keluar Bentong. Tapi, aku tahu ramai warga Kota tak tahu susur keluar lagi satu. Jadi aku teruskan perjalanan ke susur keluar selepas Bentong itu (Apa erk nama susur keluar tu?). Seperti dalam jangkaan susur keluar yang ini lengang dari sebarang kenderaan sehinggalah aku berhenti di Raub untuk solat Duha sebentar.

Perjalanan dari Raub ke Kuala Lipis lancar. Tapi, azab bermula dari Felda Kechau Tui hingga ke Kuala Lipis. Deretan kereta tidak bergerak dan berjalan seperti semut. Tapi entah mengapa, aku seperti biasa memandu tanpa tension kerana mungkin penangan Duha tadi di Raub. Alhamdulillah. Lebih dua jam dalam kesesakan sehinggalah kami sampai di Gua Musang.

Alhamdulillah dari Gua Musang ke Kuala Krai lancar. Cuma kami terperangkap dalam kesesakan 9km ketika mahu memasuki bandar Kuala Krai. Kuala Krai ke Kota Bharu jalan lancar, cuma agak sesak di Ketereh sebelum sampai di Kampung Suri sekitar jam 4 petang. Fuh! 11 jam mengharung perjalanan. Inilah pertama kali aku harunginya. Sebelum-sebelum ini, sekitar 8 jam sudah sampai walaupun balik ketika musim perayaan.

Aku belajar banyak perkara dalam perjalanan kali ini -

1. Bawa sejadah dan air berbotol-botol supaya aku boleh berhenti sembahyang di mana-mana sahaja. Sama seperti mana yang aku buat ketika berkelana di serata Jepun dahulu.

2. Bersiap masak atau beli makanan sahur dari rumah. Jangan harap untuk bersahur dengan aman jika dalam perjalanan.

3. Berhenti untuk sembahyang Duha kerana hikmahnya sangat besar! Aku dah dapat semalam! Syukran Ya Allah!

4. Kalau mahu ke tandas, pastikan singgah di masjid kerana ruang tandas yang banyak berbanding di stesen minyak yang unisex dan beratur panjang.

5. Rancang cuti awal sebelum perantau pulang ke kampung. Ini bagi mengelakkan kesesakan sama seperti yang aku alami tahun ini.

Oh ya! Kali ini kami disambut dengan deretan bendera bulan dan keris sepanjang memasuki negeri Serambi Mekah ini. Macam bukan dalam suasana raya tapi pilihanraya gamaknya!

Esok sudah raya! Sedih rasanya ingin meninggalkan perkebunan ramadhan. Terawih malam tadi di masjid Padang Enggang terasa begitu sayu. Moga-moga ada rezeki dipanjangkan umur bertemu ramadhan 1429 Hijrah pula. Amin!

October 10th, 2007

CUKUPLAH

Posted in bebas by Rudy


* foto oleh http://www.flickr.com/photos/coffeefloat/
(resipi raya yang aku suka: rempeyek, tempe & pecal)

Cukuplah sekadar mendengar suaramu.
Terlerai sudah, segala rindu yang bertamu di kalbu.

* Pergh! Ayat novel tak ingat punya! :P

October 10th, 2007

EID MUBARAK 1428H

Posted in bebas by Rudy


* foto oleh http://www.flickr.com/photos/coffeefloat/
(resipi raya yang aku suka: rempeyek, tempe & pecal)

Tahun ini, insyaAllah menyambut lebaran di casa baru. Walaupun taraf menyewa, sekurang-kurangnya sudah boleh deko mengikut citarasa sendiri. Masih tidak siap sepenuhnya kerana baru berpindah seminggu sebelum puasa. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan segala-galanya.

Lebaran ini, insyaAllah aku sambut biasa sahaja. Keperluan raya lebih kepada sicilik. Aku dan suri pakai apa yang ada. Lagipun, baju yang dibeli beberapa bulan lepas banyak yang tidak dipakai lagi. Syukur dengan apa yang ada. Jika hendak dibandingkan dengan orang lain yang susah, aku perlu lebih bersyukur.

Untuk semua sahabat yang sering berada di sisi aku ketika tawa suka dan derita duka, aku ucapkan selamat menyambut lebaran 1428 Hijrah. Moga-moga kita jadi Hamba kepada Allah yang sering meminta maaf terlebih dahulu. Kemaafan aku rafak.

[Kepada JRD, MYAS, MZZ, terima kasih atas bantuan selama aku menghadapi kesukaran beberapa bulan kebelakangan ini. Aku junjung budimu. Aku kenang sepanjang hayat.]

Salam Lebaran 1428 hijrah.
Salam kemaafan.
Semoga berhati-hati di jalanan.

* Sketsa: Ya, ya Kerana Cintaku Saerah dua episod terakhir rabu khamis ni pun ya juga. Tapi terawih minggu akhir ini jangan ponteng pula!