Archive for October, 2007

October 25th, 2007

Protected: KALAU

Posted in bebas by Rudy

This post is password protected. To view it please enter your password below:


October 25th, 2007

KUASA PAK CIK CHARADE

Posted in bebas by Rudy

Aku berhenti sembahyang zuhur di sebuah masjid di Nilai 1 hari raya kelima. Ketika selesai solat, aku ditegur oleh seorang pakcik berkopiah, baju melayu Johor dan kain pelekat. Dia menegur aku dari dalam kereta charade yang dipandunya. Aku agak dia orang penting masjid berkenaan.

“Jangan parkir kereta di sini. Parkir di sana (sambil menunjuk kawasan parkir)”, Katanya agak tegas dan kasar. Aku hanya angguk sahaja. Sedar aku ini khilaf.

Aku letak kereta tidaklah di tempat yang tidak sepatutnya. Cuma berhampiran dengan dinding masjid sahaja. Tidak pula menghalang lalu lintas. Tetapi, alih-alih dia terus parkir keretanya di depan tangga masjid (lihat gambar).

Erkkkk…

October 24th, 2007

SAYA SUDAH HIDUP MEWAH

Posted in bebas by Rudy

“Selamat hari raya, dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada teman-teman yang terluka atas kesalahan dan keterlanjuran saya. Harap agar kita diberkatiNya. Buat masa sekarang, saya sudah pun hidup mewah dengan jawatan CEO di perusahaan bapa saudara saya.”

Inilah antara puluhan kiriman es-em-es yang aku terima sepanjang lebaran lepas. Apa komen kalian apabila menerima es-em-es seperti ini? Senyum sahajalah.