KUZI OH! KUZI
Â
(foto: dari web Perbadanan Perpustakaan Kelantan)
Mak Saudara Suri bawa kuzi daging ayam dan roti pada hari raya pertama. Memanglah aku tak pernah merasa makanan ini sebelum ini. Bila mencecah sahaja lidah, aku sudah tahu ia memang serasi dengan citarasa aku. Maka, jadilah aku manusia yang lupa seketika dunia. Makan makan dan makan.
Cerita ini tidak tamat di sini. Jam 1 pagi 2 Syawal 1428 Hijrah itu, tiba-tiba aku rasa perut memulas-mulas. Pedih dan perit bersilih ganti. Maka, tahulah aku susu masam yang menjadi salah satu bahan dalam resipi kuzi ini telah meracuni perut aku. Almaklum, perut yang sedia tidak kebal ini memang alah dengan makanan yang terlalu masam atau pedas.
2 Syawal ini jadilah aku penunggu setia kamar kecil itu. Setiap kali berziarah ke rumah saudara mara sepanjang hari itu, aku pasti meninggalkan ‘tanda’ di rumah mereka! Nasib baik, ada satu kedai runcit berdekatan rumah Suri menjalankan perniagaan pada raya kedua itu. Dapatlah aku memborong sedozen pil chi kit teck aun. Fuh! Taubat aku tak sentuh kuzi lagi. Tapi, kata staf aku yang juga berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu, keluarganya tidak pernah menggunakan susu masam dalam resipi kuzinya. Dia menggunakan susu cair. Wah! Mata aku tiba-tiba jadi bersinar-sinar. Ada peluang untuk aku makan kuzi lagi. Yay!
Ini resipi Kuzi Daging Ayam yang staf aku beri. Ada sesiapa boleh masakkan untuk aku?
Bahan-bahannya;
5 Sudu besar minyak masak
600 gram daging ayam
125 ml susu cair
125 ml sos tomato
Sedikit garam dan gula pasir
Bahan-bahan untuk dikisar halus;
1 sudu teh jintan putih
1 susu teh jintan manis
4 cm halia
15 biji lada hitam
4-5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah pelaga
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit lengkuas
Cara memasaknya;
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan dikisar halus hingga terbit minyak. Masukkan daging ayam bersama susu cair, sos tomato, garam dan gula. Masak hingga ayam empuk, dan kuah pekat sambil dikacau sekali sekala. Angkat.
* Kalau kalian suka pedas, letaklah cili banyak-banyak ya~Â


Amyz says:
Ala.. tak nampak fotonya. macam sedap je kuzi tu. tengok resipi pun dah menyelerakan. hahaha. leh la masak time kami2 org datang rumah nanti.
hihi
October 23rd, 2007 at 8:06 am
elaira says:
ala gambar tak keluar…akak memang suka kuzi…tq for da resepi
rudy, kalau dulu akak tersangkut dgn lagu afternoon…. kali ni dgn lagu yg ni plak, kurang periksa apa nama dia… lembut jek dan sesuai di dengar sepanjang hari huhu..
October 23rd, 2007 at 10:48 am
jowopinter says:
Ooo…kuzi ayam pun ada ekk. Ingatkan kambing saja ada masak kuzi. Saya tau makan saja!
October 23rd, 2007 at 11:29 am
hata says:
amyz, kalo nampak fotonya mesti terliur sungguh. rupanyanya sangat sedap seperti apa yer, tak le nak gambarkan.
October 23rd, 2007 at 1:52 pm
fajar says:
Mertua aku wajib masak kuzi untuk raya pertama. So Rudy, raya akan datang boleh la kita beraya bersama ek. Kalau raya kat KB. DAN, kalau aku dah balik Malaysia waktu tu. Insya Allah.
p/s: Nak le kuih kek lapis Sarawak tu jugak. Panjang-panjangkan la sampai ke Scotland pulak. Kan?
October 23rd, 2007 at 7:58 pm
Azhar Ahmad says:
Wahhhh harus dicuba ni…. Hummmmm… Tapi rasanya , mak guna susu masam juga…. Yogurt kata mat salleh
October 23rd, 2007 at 11:33 pm
bailey says:
sedapnya kuzi ayam. fav saya tu. =)
October 24th, 2007 at 12:14 am
tipahlawa says:
Rudy..
Mkn kuzi sampai mcm tu yea..
Blakang umah saya ni, ada business katering.. selalu masak kuzi.. pun tak menggunakan susu masam.. Mmg sedapppp..Kuzi ayam ni mmh hidangan tetamu masa kenduri kawen saya 3thn lepas.. hiksss..
October 24th, 2007 at 10:17 am
elaira says:
telah selamat akak salin hari ni,,, berkobar2 nak mencuba… nanti akak bitau hasilnya
October 31st, 2007 at 3:45 pm
Hughssportsarena1500$anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,nca says:
Hughssportsarena1500$anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsboo…
Hughssportsarena1500$anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,…
March 10th, 2008 at 6:00 am
americasbestrx.com says:
Propecia
hey i just stopped by, great stuff
June 21st, 2008 at 3:14 pm
chinta says:
tak pernah try masak kuzi..sy nak amik la resepi nie..nak cuba…
July 18th, 2008 at 9:12 pm
creditcardnegotiationinfo.com says:
Debt Help…
hey cool site….
August 2nd, 2008 at 8:13 pm
Penis Enlargement says:
Speech on the health of the penis, exercises, penis enlargement pills, anatomy of the woman, clitoris, informations on sex, positions, health and much more. Visit: http://www.sinepenis.com
August 6th, 2008 at 9:42 pm
Penis Enlargement says:
Penis Enlargement Exercises, Ejaculation Control, Sexual Performance, Woman Information and much more. Visit: http://www.sinepenis.com
September 16th, 2008 at 2:18 pm
pshitsxsty says:
[url=http://uk.geocities.com/pillswujhpills/wadip-zm/mo-mong-sex-vuon.htm]mo mong sex vuon[/url]
January 8th, 2009 at 4:53 pm
tmdyfolkty says:
nude girlfriend
January 8th, 2009 at 4:54 pm
nlflinss says:
nlflinss…
nlflinss…
April 28th, 2009 at 2:56 am