KETULUSAN HATI: LAGU MESEJ KETUHANAN
Saya terima pemberian daripada seorang sahabat awal minggu ini. Berupa CD terbaru Anuar Zain. [BACA: Tiba-tiba saya teringat entri saya beberapa tahun lepas tentang sekeping CD pemberian sahabat baik saya di Fukushima; Ken. Benarlah sejarah itu sentiasa berulang]. Saya terkesan dengan melodi dan lirik lagu bertajuk KETULUSAN HATI. Apa yang kalian rasa bila pertama kali mendengar lagu ini?
Perhatikan bait-bait puitis lirik lagu ini di perenggan pertama, yang saya kira sangat kuat ditujukan kepada Sang kekasih. Sang Pencinta cuba memberitahu seluruh perasaannya kepada kepada kekasihnya. Malah, dia mempersembahkan perasaan itu sebagai bukti atau lambang cintanya kepada Sang Kekasih. Sang Pencinta merayu agar dia dibenarkan terus mencintai Kekasihnya. Perhatikan ayat demi ayat dalam perenggan pertama lagu ini.
Dalam perenggan kedua dan seterusnya, wujud pengulangan dan penekanan sama seperti dalam perenggan pertama.
Saya pasti, khalayak yang mendengar lagu ini untuk kali pertama, mengandaikan lagu ini ditujukan kepada seorang manusia yang bergelar kekasih. Tetapi, tidak bagi saya. Saya mengandaikan, inilah lagu yang penuh dengan mesej ketuhanan yang cuba diketengahkan oleh penciptanya; Numata - Inu, Mhala dan Tantra. Mesej dambaan cinta kepada Allah, Tuhan Yang Maha Segala-galanya dinyatakan dan diulang-ulang dengan jelas. Pemilihan perkataan/ayat “persembahan untuk dirimuâ€, “mencintaimu tak mengenal waktu†dan “mencintaimu tak mengenal ragu†juga membuktikan bahawa lagu ini ditujukan kepada Yang Maha Pencipta, iaitu Allah Rabbul Jalil. Moga-moga ketika kalian mendengar lagu ini, ingatan kita kepada Allah SWT lebih kuat dan hebat.
KETULUSAN HATI
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
oooo
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

