August 3rd, 2007
Lubang dah tersedia elok. Butang penyimbah sudah ada. Air penuh di tong penyimpan. Jadi apa lagi? Takkan mahu biarkan “benda” itu kau mahu pertontonkan kepada orang lain? Lepas “melepas” di lubang tepat, flush cepat-cepat!
Benarlah. Tanggung jawab dan sifat sivik orang kita masih tidak berubah. Umur sudah dewasa. Matang sudah namanya. Kerja kerajaan lagi! Tetapi adab yang satu ini masih menjadi igauan ngeri. Pernah atau tidak di rumah dahulu mak atau ayah ajar kalian adab ke tandas? Tak pernah? Patutlah bapak borek anak rintik. Titik!Â
August 3rd, 2007
comments off See also in
bebas
August 2nd, 2007
Disebalik harga makanan yang semakin mahal di kedai-kedai seluruh negara, masih ada lagi peniaga yang masih kekal pada harga lama. Aku teruja dengan harga makanan di premis-premis makanan sebuah universiti Islam di Malaysia.
Harga yang cukup rendah. Aku makan nasi putih berlaukkan asam pedas ikan parang dan sayur kangkung pada harga RM3.00 sahaja! Senarai menu dengan harga yang sangat berpatutan. Nasi Kandar RM3.00, Mee Rojak RM2.50, Roti Canai 60 sen, Nasi Paprik RM3.00, Nasi goreng biasa RM2.50. Alangkah berbahagianya pelajar-pelajar dan staf universiti berkenaan. Harga makanan sangat murah dan berpatutan. Bagi mereka yang tidak mampu, inilah nilai kebajikan yang sebaiknya!
Alangkah baiknya kalau peniaga di Malaysia menilai perkara ini dengan sebenar-benarnya. Bukan keuntungan sahaja ingin dijana, tetapi nilai kebajikan untuk mereka yang tidak berkemampuan.