Archive for August, 2007

August 16th, 2007

BOROI VS 3G

Posted in bebas by Rudy

Di muka hadapan sebuah majalah mingguan terbaru tertera tajuk utama; suami ‘boroi’ punca isteri hilang ghairah.

Tapi, kalau isteri ’3G’ punca suami hilang ghairah, bagaimana pula? :p

August 15th, 2007

DARJAH SATU

Posted in bebas by Rudy

Hari ini. Di pejabat baru. Jabatan baru. Suasana baru. Sahabat baru. Semua serba serbi baru dan serba-serbi tidak tahu. Maka, pertanyaanlah yang menjadi senjata untuk melunaskan pekerjaan. Ya, segala-galanya perlu bermula dengan kosong. kata sahabat sepegawai yang sama-sama diberi arahan berpindah mulai hari ini; bagaikan masuk darjah satu semula.

Ironinya, begitulah hidup. Hijrah ialah permulaan bagi lembaran hidup di situ. Kelangsungan hidup untuk terus mengabdikan diri kepadaNya. Hari ini aku belajar Alif Ba Ta, 123 dan ABC semula.

August 14th, 2007

APA YANG ORANG BAGI

Posted in bebas by Rudy

“Kalau dia bagi saya 40%, begitu juga saya hanya akan balas dia 40% sahaja. Saya berpegang kepada apa yang orang bagi, itu yang dia dapat”, Dia.

Aku tidak setuju. Bagi aku biarlah mereka nak bagi berapa sekalipun. Waima sedikitpun. Tetapi, aku akan terus memberi. Memberi dan memberi. Tiada ruginya kalau kita berbakti dan terus berbakti kepada mereka. Kerana, aku percaya, sifat Maha Pemberi Allah itu tiada had kerana Dialah yang menciptakan kita. Ada manusia sering berbuat salah dan engkar kepada Dia (BACA: Aku), tetapi Dia tidak pernah mengenepikan kita. Ada sahaja rezekiNya datang menjengah hidup kita.

Tetapi bagaimana kalau ada manusia yang memberi “tahi” kepada kita? Percayalah Dzat Allah. Kita balasi perbuatannya itu dengan kebaikan. Teruslah memberi kebaikan kepada mereka, kerana ada mungkin sekelumit hidayah datang menjengah dirinya. Itulah harapan kita, supaya bukan kita sahaja yang dapat bertemu Allah kelak, tetapi dia juga.

Tidakkah kau merasai nikmat kemanisan ketika memberi itu? Ya, benarlah tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Wallahualam.

* Dalam sayu dan sibuk berkemas untuk hijrah ke tempat baru. Esok bermula lembaran baru. Selamat hijrah Rudy. Allahlah yang berkuasa menentukan kebaikan atau keburukan hambaNya. Ya Rabb, bantulah.