APA YANG ORANG BAGI
“Kalau dia bagi saya 40%, begitu juga saya hanya akan balas dia 40% sahaja. Saya berpegang kepada apa yang orang bagi, itu yang dia dapat”, Dia.
Aku tidak setuju. Bagi aku biarlah mereka nak bagi berapa sekalipun. Waima sedikitpun. Tetapi, aku akan terus memberi. Memberi dan memberi. Tiada ruginya kalau kita berbakti dan terus berbakti kepada mereka. Kerana, aku percaya, sifat Maha Pemberi Allah itu tiada had kerana Dialah yang menciptakan kita. Ada manusia sering berbuat salah dan engkar kepada Dia (BACA: Aku), tetapi Dia tidak pernah mengenepikan kita. Ada sahaja rezekiNya datang menjengah hidup kita.
Tetapi bagaimana kalau ada manusia yang memberi “tahi” kepada kita? Percayalah Dzat Allah. Kita balasi perbuatannya itu dengan kebaikan. Teruslah memberi kebaikan kepada mereka, kerana ada mungkin sekelumit hidayah datang menjengah dirinya. Itulah harapan kita, supaya bukan kita sahaja yang dapat bertemu Allah kelak, tetapi dia juga.
Tidakkah kau merasai nikmat kemanisan ketika memberi itu? Ya, benarlah tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Wallahualam.
* Dalam sayu dan sibuk berkemas untuk hijrah ke tempat baru. Esok bermula lembaran baru. Selamat hijrah Rudy. Allahlah yang berkuasa menentukan kebaikan atau keburukan hambaNya. Ya Rabb, bantulah.


kingbinjai says:
semoga kau diberkatiNya
August 14th, 2007 at 2:42 pm
stabuxguy says:
pertama kali laman rudy dicemari. sungguh saya tak gemar dgn perkataan itu. maaf. btway selamat hijrah even tak tahu ke mana dan apa citer.. huhuhu…
all the best!
rgds,
kash
August 14th, 2007 at 10:44 pm
tipahlawa says:
… kau lebih tahu..
… rasa dlm hati…
… himah dr segala yg terjadi..
… kau tahu..
… DIA selalu memberi..
… walau ada kala..
… pemberian itu..
… bukan sprt yg dihajati..
… DIA yg tahu..
… masa yg tepat..
… apa yg kau perlu..
… all the best!..
August 15th, 2007 at 1:11 pm
meero says:
ga usah sedih2 donk! siapa tau kalo di tempat baru loe bakalan ketemu ama yang namanya ‘kebahagiaan’ moga kerjanya makin membaek… usahanya kian meningkat… go2 chaiyok!!
August 15th, 2007 at 2:27 pm