HARGA
Disebalik harga makanan yang semakin mahal di kedai-kedai seluruh negara, masih ada lagi peniaga yang masih kekal pada harga lama. Aku teruja dengan harga makanan di premis-premis makanan sebuah universiti Islam di Malaysia.
Harga yang cukup rendah. Aku makan nasi putih berlaukkan asam pedas ikan parang dan sayur kangkung pada harga RM3.00 sahaja! Senarai menu dengan harga yang sangat berpatutan. Nasi Kandar RM3.00, Mee Rojak RM2.50, Roti Canai 60 sen, Nasi Paprik RM3.00, Nasi goreng biasa RM2.50. Alangkah berbahagianya pelajar-pelajar dan staf universiti berkenaan. Harga makanan sangat murah dan berpatutan. Bagi mereka yang tidak mampu, inilah nilai kebajikan yang sebaiknya!
Alangkah baiknya kalau peniaga di Malaysia menilai perkara ini dengan sebenar-benarnya. Bukan keuntungan sahaja ingin dijana, tetapi nilai kebajikan untuk mereka yang tidak berkemampuan.


kignbinjai says:
kadang kadang ada sebab kenapa murah
August 2nd, 2007 at 9:59 am
Aqil says:
sebab-sebab murah :
1. tak payah bayar sewa / sewa murah
2. elektrik dengan air murah / free
3. dekat dengan pasar. (pasar besar gombak tak jauh)
4. permintaan yang tinggi.
(tiada kos utk makanan yang tak abis)
August 2nd, 2007 at 11:00 am
aliff says:
makanan di usm pun murah zaman saya belajar disana dulu sidang 2002/05- kafeteria indah kembara (kolej palapes)
nasi putih lauk ikan (besar)sayur rm 2.80
nasi apa-apa goreng rm 2.00 nasi dan tomyum rm 3.50. air buah (susu) rm1.00 tanpa susu 0.90 sen
August 3rd, 2007 at 9:20 am