Archive for July, 2007

July 26th, 2007

LEWAT

Posted in bebas by Rudy

Wah! Kalau kelewatan kapal terbang melibatkan Pak Menteri bukan main lagi kau meminta maaf. Gah, di depan kamera dengan lampu flash kamera lip lap lip lap. Pastinya mendapat publisiti meluas di televisyen dan akhbar utama.

Tetapi, kalau Suri (BACA: Rakyat biasa) yang terpaksa menunggu lama kelewatan penerbangan ke Langkawi yang sepatutnya bertolak jam 5.10 petang 24 Julai 2007 itu, tiada pula maafnya sampai ke televisyen atau akhbar?

Aduhai MAS.

* Masin mulut AR :p

July 25th, 2007

MESYUARAT PIBG

Posted in bebas by Rudy

Dalam satu mesyuarat PIBG di sebuah sekolah di Kota Lumpur. Seorang ibu murid bangun dengan wajah tidak puas hati. Komennya memang membuatkan warga pendidik berdesing telinga.

“Macam mana ni cikgu. Anak saya terpaksa menahan kencing dan berak kerana geli dan jijik dengan tandas sekolah yang kotor. Sudahlah kotor, tahi bersepah-sepah, hancing dan busuk pula tu.”, sang ibu.

“Bayangkan berapa jam anak saya menahan perut. Ini membahayakan kesihatannya. Doktor pun ada bagi tahu, mana boleh tahan kencing dan berak lama-lama.”, Sambungnya lagi.

“Saya minta pihak sekolah upah pencuci dan cuci setiap 5 minit sekali. Supaya anak-anak kita selesa menggunakan tandas sekolah. Macam mana pengetua uruskan sekolah? Bab sekecil inipun tidak boleh diuruskan?”, ujar Ibu itu lagi.

Bangunlah Sang Pengetua. Menjawab soalan ibu tadi dengan senyuman. Tenang sahaja bicaranya.

“Puan yang budiman, pihak sekolah memang ada mengupah pencuci. Memang kita arahkan mereka mencuci mengikut jadual secara berkala. Tapi, inilah masalahnya. Contoh paling mudah ialah kita semua pada hari ini. Sebelum mesyuarat PIBG tadi, saya dah arahkan semua pencuci mencuci tandas sekolah bagi keselesaan ibu bapa menggunakannya semasa berlangsung mesyuarat ini. Tapi percayalah cakap saya. Jika ibu bapa pergi ke tandas pada waktu ini, saya jamin tandas kita sudah menjadi kotor, berbau hancing dan busuk. Sebenarnya, apa yang kita cakapkan pada hari ini, ialah cerminan diri kita sendiri. Ada di antara kita melepas hajat bukan pada tempat sepatutnya. Lubang dituju dinding pula jadi sasaran. Tandas tidak dipam selepas digunakan. Atau tisu tidak dibuang ke tempat sepatutnya. Saya percaya, ada pengguna tandas dalam kalangan kita tidak menggunakan manner ke tandas dengan sebetulnya. Tugas guru di sekolah mendidik anak murid pada tempat yang sepatutnya. Tetapi, manner ke tandas ini didikannya bermula dari rumah. Kalau dari rumah betul didikannya, maka betullah caranya anak-anak kita ketika berada di sekolah. Bapak borek anak rintik!”, panjang lebar sang pengetua berbicara.

Kababom! Sabg ibu pengadu bungkam seribu bicara. Terduduk kembali. Kemudian menundukkan wajah ke lantai.

Dewan mesyuarat tiba-tiba menjadi sepi. Warga guru tersenyum kemenangan.

* Berdasarkan kisah benar yang dilalui oleh Suri di sekolahnya baru-baru ini.
* Guru sana sini di sini.

July 24th, 2007

STESEN ERL KLIA

Posted in bebas by Rudy

Aku hantar suri ke KLIA menggunakan pengangkutan awam ERL yang laju itu. Suri berkursus seminggu jauh nun di pulau bebas cukai di utara. Dari stesen Putrajaya ke KLIA tidaklah kalut mencari jalan bagi kami yang kali pertama.

Tetapi ketika pulang, aku jadi sesat. Terdapat dua stesen berbeza ERL KLIA. Satu untuk yang terus ke KL Sentral tanpa henti. Satu lagi yang akan berhenti transit di stesen-stesen sepanjang laluan ke KL Sentral. Masalahnya, stesen itu terletak pada dua tempat berbeza yang menyukarkan pengguna. Sedangkan kedua-duanya menuju tempat yang sama iaitu KL Sentral. Aku tersilap ke stesen ERL yang akan terus ke KL Sentral tanpa henti.

Kemudian, dengan muka tebal, terpaksa menaiki eskalator ke tingkat 3 KLIA sebelum turun semula ke tingkat dua untuk ke Stesen ERL henti-henti itu. Hidup 4 tahun di Jepun dahulu aku tidak pernah mengalami perkara seperti ni. Stesen mereka mesra pengguna. Pengguna tidak akan terkeliru kerana stesen mereka bagi tempat tujuan yang sama terletak pada stesen yang sama sahaja. Hanya Platfom sahaja berbeza. 

Hujan batu di negara sendiri. Aduh! Bertimpa-timpa batu itu atas badan aku. Sakitlah! Â