July 30th, 2007

SURAUKU SURAUMU

Posted in bebas by Rudy

Aku ke kampus salah sebuah universiti Islam di Malaysia sepetang Ahad. Memberi semangat kepada anak-anak buah yang bertanding dalam genre pantun antara universiti-universiti Malaysia.

Ironinya aku teruja! Ketika hendak solat Maghrib berjemaah di sebuah surau di salah sebuah kolej kediamannya. Akulah antara jemaah yang terkandas menjadi banjiran jemaah yang tidak dapat bersama-sama dalam saf maghrib itu. Surau melimpah dengan jemaah pelajar hingga tidak muat dibuatnya. Jadinya, aku terpaksa bersama sebahagian jemaah bersolat jemaah dengan kumpulan berikutnya.

Alangkah baiknya andai surau di tempat aku ini begitu juga senarionya. Tidaklah selalunya hanya berjemaah dengan bertiga atau berempat. Alangkah indahnya, saat jemaah mengaminkan doa beramai-ramai. Segera terangkat doa itu ke langit tingkat, Ya Rabb.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

2 comments

  1. tipahlawa says:

    Alhamdulillah…
    Bagus begitu yea Rudy..
    Di tempat tggl tipah pun..
    Blh dikira org yg berjemaah di surau..
    Namun bilangannya akan bertambah hanya ketika makan2 selepas waktu mengaji… Hanya masa makan-makan…
    Hiba..

    August 1st, 2007 at 5:57 pm

  2. eve online isk says:

    Buy eve online isk, eve online isk

    October 12th, 2007 at 10:14 am