July 25th, 2007

MESYUARAT PIBG

Posted in bebas by Rudy

Dalam satu mesyuarat PIBG di sebuah sekolah di Kota Lumpur. Seorang ibu murid bangun dengan wajah tidak puas hati. Komennya memang membuatkan warga pendidik berdesing telinga.

“Macam mana ni cikgu. Anak saya terpaksa menahan kencing dan berak kerana geli dan jijik dengan tandas sekolah yang kotor. Sudahlah kotor, tahi bersepah-sepah, hancing dan busuk pula tu.”, sang ibu.

“Bayangkan berapa jam anak saya menahan perut. Ini membahayakan kesihatannya. Doktor pun ada bagi tahu, mana boleh tahan kencing dan berak lama-lama.”, Sambungnya lagi.

“Saya minta pihak sekolah upah pencuci dan cuci setiap 5 minit sekali. Supaya anak-anak kita selesa menggunakan tandas sekolah. Macam mana pengetua uruskan sekolah? Bab sekecil inipun tidak boleh diuruskan?”, ujar Ibu itu lagi.

Bangunlah Sang Pengetua. Menjawab soalan ibu tadi dengan senyuman. Tenang sahaja bicaranya.

“Puan yang budiman, pihak sekolah memang ada mengupah pencuci. Memang kita arahkan mereka mencuci mengikut jadual secara berkala. Tapi, inilah masalahnya. Contoh paling mudah ialah kita semua pada hari ini. Sebelum mesyuarat PIBG tadi, saya dah arahkan semua pencuci mencuci tandas sekolah bagi keselesaan ibu bapa menggunakannya semasa berlangsung mesyuarat ini. Tapi percayalah cakap saya. Jika ibu bapa pergi ke tandas pada waktu ini, saya jamin tandas kita sudah menjadi kotor, berbau hancing dan busuk. Sebenarnya, apa yang kita cakapkan pada hari ini, ialah cerminan diri kita sendiri. Ada di antara kita melepas hajat bukan pada tempat sepatutnya. Lubang dituju dinding pula jadi sasaran. Tandas tidak dipam selepas digunakan. Atau tisu tidak dibuang ke tempat sepatutnya. Saya percaya, ada pengguna tandas dalam kalangan kita tidak menggunakan manner ke tandas dengan sebetulnya. Tugas guru di sekolah mendidik anak murid pada tempat yang sepatutnya. Tetapi, manner ke tandas ini didikannya bermula dari rumah. Kalau dari rumah betul didikannya, maka betullah caranya anak-anak kita ketika berada di sekolah. Bapak borek anak rintik!”, panjang lebar sang pengetua berbicara.

Kababom! Sabg ibu pengadu bungkam seribu bicara. Terduduk kembali. Kemudian menundukkan wajah ke lantai.

Dewan mesyuarat tiba-tiba menjadi sepi. Warga guru tersenyum kemenangan.

* Berdasarkan kisah benar yang dilalui oleh Suri di sekolahnya baru-baru ini.
* Guru sana sini di sini.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

15 comments

  1. tipahlawa says:

    Tidak dinafikan..
    Era ini, semua tugas dibebankan kepada guru..
    Dan mangsanya guru…

    July 25th, 2007 at 9:51 am

  2. kignbinjai says:

    no komen

    July 25th, 2007 at 12:36 pm

  3. stabuxguy says:

    wow! kelas sngatt rasa cam nak bangun n wat standing ovation jek… huhuhu….

    bravo whai tuan pengetua!

    K.

    July 25th, 2007 at 2:17 pm

  4. umebOsHi says:

    bagus ek tuan pengetua tu. dikurniakan akal yg pjg, sifat sabar dan tenang, mampu handle soalan ibu yg berang.

    July 25th, 2007 at 5:11 pm

  5. khairnaj says:

    kat sekolah saya lagi teruk tandas murid dah 2 generasi guna sampai sekarang masih ada. masalah serupa sahaja di sekolah mana pun. selalunya tu salah pelajar sendiri.

    July 25th, 2007 at 7:10 pm

  6. ayobkelubi says:

    tabik kat pengetua.

    susah kalau jenis ibu bapa yang percaya mereka yang paling sempurna

    July 26th, 2007 at 9:14 am

  7. fajar says:

    yeah! teruja bila baca entri ini. kasihan betul kalangan guru asyik menjadi sasaran. sungguh tidak adil.

    July 31st, 2007 at 12:33 am

  8. asih boyolal says:

    semoga kt dapat istikhomah dlm menata emosi dan spiriytual Qolbu…..

    December 13th, 2007 at 2:23 pm

  9. digital-glamour.com says:

    Digital Studio Modeling…

    hey cool stuff…

    January 11th, 2008 at 2:16 am

  10. accessrx.info says:

    Cheap Pharm…

    hey cool stuff…

    January 23rd, 2008 at 2:45 pm

  11. Easy Drugs says:

    Easy Drugs…

    Easy Drugs…

    January 25th, 2008 at 12:51 pm

  12. $anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,ncaa,ncaa Betting,ncaa says:

    $anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,ncaa,ncaa Betting,…

    $anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,ncaa,ncaa Betting,nc…

    March 13th, 2008 at 1:06 pm

  13. $anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,ncaa,ncaa Betting,ncaa says:

    $anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,ncaa,ncaa Betting,…

    $anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,ncaa,ncaa Betting,nc…

    March 15th, 2008 at 8:59 am

  14. americasbestrx.com says:

    Online Drugstore

    hey i just stopped by, great stuff

    June 19th, 2008 at 11:27 am

  15. creditcardnegotiationinfo.com says:

    Credit Card Debt…

    hey cool site….

    August 2nd, 2008 at 12:02 pm