Archive for June, 2007

June 25th, 2007

KETAWA DAN TANGIS

Posted in bebas by Rudy

Adakalanya kita perlu menangis. Supaya kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa. Adakalanya pula kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata.

Selamat pagi kalian. Isnin yang dingin. Semoga laluan hidup kita penuh erti setiap waktu. Biarpun sesaat.

June 22nd, 2007

ASSYAMS 5

Posted in bebas by Rudy

“Selama ini aku selalu risau kekurangan otak aku, sakit aku. Tapi bila aku cuba ingat balik apa yang aku lalui. Aku bahagia sebenarnya. Aku jumpa ramai kawan yang baik-baik. Kemudian aku terfikir apa yang Ustaz H cakap dahulu; ‘aku mencari sesuatu untuk berpegang’ dan setelah aku mimpi bertemu Nabi SAW, aku mula faham.”, P, sahabat aku.

“Apa yang kau faham?”, Aku. Teruja.

“Walau macam mana sekalipun otak aku, yang lebih penting ialah hati dan perasaan. Bila aku faham itu. Aku sudah tak risau lagi. Aku mula kurangkan terlebih berfikir. Aku lebih relax. Aku enjoy dengan apa yang ada depan aku. Kalau sakit, aku makan ubat. Aku tidur. Baru aku faham, bukan semata-mata fikiran, tetapi hati lagi penting untuk teruskan hidup.”, P lagi. Panjang lebar.

Aku bungkam.

“Mungkin cara aku cakap ini heta. Tapi aku tahu kau faham”, P simpul kata-katanya.

Aku angguk. Faham.

Gambare yo, mune o hatte, ikite ikou!”, P lagi 

Air mata bertakung. Banyak di pelupuk mata. Berkaca-kaca.

Terima Kasih P. Aku mencari kekuatan dari kata-kata emasmu! Kita sama-sama sabar ya.

* Heta - weak
* Gambare yo, mune o hatte, ikite ikou - Let’s live with confidence.

June 21st, 2007

3 PEREMPUAN

Posted in bebas by Rudy

Ceritanya begini. Aku diterpa sms petang semalam. Daripada bekas pelajar.

En.R, tadi saya solat di surau Jabatan X. Saya terdengar perbualan 3 perempuan. Kata mereka “Azizul tu muka dia macam En.R, tapi En.R jauh lebih handsome daripada Azizul”

Aku terkekeh di hadapan skrin telefon bimbit. Aku terbayang. Kalaulah aku sendiri berada di surau tersebut. Kemudian ketika keluar aku bertembung dengan 3 perempuan tersebut. Bagaimanakah agaknya reaksi mereka ya? :p