BULAT & TEKAD
 ALIF
Bulat dan Tekad jua pada hari ini. Aku ikrarkan. Aku mencintaimu Suri hingga ke akhir hayat. Tiga tahun penuh suka duka. Tawa dan airmata. Kita randuk dengan tabah. Cekal. Dan redha. Terima Kasih berkali-kali, Suri. Infiniti. Pada anniversary ini.
BA
Beberapa hari lepas. Ia membulat tekad di dada langit. Sangat cantik. Dan aku bagai serigala jadian yang meraung kesakitan. Bebaskan. Bebaskan aku. Jerit nurani. Dan segala-galanya aku pulangkan kepada Dia, Ya Rabb selepas beberapa usaha. Tanpa jerih. Tanpa rasa lelah. Selagi Dia belum memanggil aku pulang. Itu pasti.
TA
Bulat dan tekad jua aku putuskan. Aku kirimkan sejuta maaf kepada sahabat yang ini. Kerana tanpa sengaja, aku melukakan hatinya. Ya, aku selemah-lemah manusia. Kekuatan Dia jua aku dambakan. Tutup kes; katanya. Aku angguk. Lemah tak berdaya.
THA
Bulat dan tekad jua sahabat yang seorang ini mahu berhijrah. Katanya; Selamat Tinggal Malaysia. Aku doakan. Paling terbaik untuknya. Belajar hidup susah. Di atas kaki sendiri. Di tanah orang.
JIM
Bulat dan tekad kuhadiahkan ucapan keramat. Otanjyoubi omedetou, Kak Pnut. Moga beroleh kesihatan. Bertambah rezeki. Terima Kasih segalanya; budi, pengalaman dan kemesraan.Â


ayobkelubi says:
selamat ulangtahun perkahwinan bang. semoga berkekalan selamanya.
amin
June 5th, 2007 at 8:51 am
stabuxguy says:
ulangtahun? perkahwinan? erk!
bang rudy! pls update…
gw gak ngerti…
K.
June 5th, 2007 at 10:42 am
radengaloh says:
selamat ulangtahun perkahwinan Rudy… semoga kalian berdua lebih tabah dan kuat menghadapi hari-hari muka dan cabaran yang mendatang…amin.
June 5th, 2007 at 3:04 pm