Archive for May, 2007

May 18th, 2007

QISTINA

Posted in bebas by Rudy

 

 

Tempoh perkenalan aku dengan Nazrol, seusia dengan kewujudan komuniti Geju. Sumpah sahabat, biarlah sampai ke akhir hayat. Ini usaha kecil aku untuk membantunya. Moga ada empati daripada kalian untuk membantu.  

This cute little babygirl, Nur Qistina Hayani needs your help to ensure a more brighter future ahead. She is suffering from Hepatoblastoma – a type of Liver cancer. At a tender age, she is undergoing chemotraphy and in urgent need for surgery.

The cost for surgery is about RM100,000 and her father, an active Internet user, had created a website with all her details, http://www.qistina.org, pleading for donations from the public.

If you think you can help and make a difference, please donate to:

Maybank Account ( Malaysia ):-
Nazrol Hafiz Nazlan
Account Number : 154017298056

International donations are also accepted via http://www.qistina.org/donate

* words by syahid ali

May 18th, 2007

SUSU TEPUNG

Posted in bebas by Rudy

Ar em tiga puluh sembilan ringgit dan sembilan puluh sen! Itu angka-angka baru yang tercetak pada tanda harga susu tepung jenama Lactogen dua kilogram. Pertambahan ar em dua ringgit! Terpempan aku dibuatnya.

Alhamdulillah, aku masih mampu. Tapi, bagaimana khalayak marhaein yang bergaji jauh lebih rendah daripada aku? Sungguh membebankan. Belumpun gaji naik, sudah mencanak naik pula harga barang setinggi Gunung Daik. Maka bercabanglah satu lagi masalah kita.

May 16th, 2007

TERIMA KASIH CIKGU

Posted in bebas by Rudy

 

  

Ini hari pertama di pejabat. Baru saja pulang dari berkelana dua hari ke utara. Pagi hingga petang dipenuhi mesyuarat. Jadual agak padat dan beginilah aku, menjadi seorang manusia yang hampir-hampir terlupa pada hari sepenting ini.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku menjadi manusia paling lewat untuk mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu-cikgu yang pernah mencorak diri aku suatu waktu dahulu. Kesal memang kesal. Jam 5 petang tadi aku hanya sempat menghantar fax ucap selamat. Sungguh terlewat! 

Terima Kasih cikgu. Tanpa kalian, aku tidak menjadi seorang manusia pada hari ini.

* Tahniah Suri atas diploma perguruan yang kau terima baru-baru ini. Akhirnya impian aku untuk menjadi suami kepada seorang guru menjadi kenyataan. Selamat hari guru Suri.

* Selamat hari guru Abah. Impian abah untuk melihat seorang anak abah menjadi guru, meskipun tidak menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya kuganti dengan suriku ini yang akhirnya merealitikan impianmu. Ya, kerjaya maha agung, seperti yang pernah kau nyatakan dulu.

* entri hari guru aku tahun lepas