May 28th, 2007
Senyap. Sunyi. Dia leka di bilik hujung bermain dengan basikal kecilnya.Â
Rajinlah aku mengutip setiap permainan lori, kereta, bas dan segala bentuk kenderaan yang bersepah-sepah di ruang tamu. Maka, bertambah rajinlah si bonda menyapu lantai dengan mesin penyedut hampagas. Tetapi belumpun habis kerja-kerja menyedut segala sampah dan habuk, si cilik ini sudah menuangkan semula ke lantai sebesen besar barang-barang permainan yang aku campak ke dalam besen simpanannya.
“Mama ni…. pot pet lori iyo…pot pet bajak iyo…tot tet..  ”, mulut sicilik bising. Marahkan bondanya yang sibuk dengan penyapu elektriknya.
Aku menyorok di dapur. Buat-buat tak dengar. Ha! Ha! Ha! Aku tak bersalah!
May 25th, 2007
Hari itu sicilik di rumah Mak Rose, penjaganya. Kawan-kawan sepermainan tidak hadir. Jadi dia tiada kawan. Maka dengan akal fikirnya, dia bermain seorang diri. Berpusing-pusinglah dia memusingkan badan. Sehingga tidak dapat mengawal keseimbangan badan. Bum! Terhantuklah kepalanya ke kabinet tv. Berbekas benjol di dahi kanan. Tidak menangis mulanya.
Tetapi dia menangis selepas itu apabila melihat di cermin dahinya cacat dengan parut dan lebam benjol tersebut. Menangis bukan sakit. Tetapi menangis kerana dia takut tidak handsome lagi.
Aku ketawa guling-guling! Alahai budak umur dua tahun 3 bulan tidak pelat ini! Ada-ada sahaja! Â
May 24th, 2007
E-mel 7 perenggan kiriman Abang Ungsungheroz aku baca. Kemudian 6 perenggan e-mel menyusul daripada Kak Radengaloh. Kemudian 8 perenggan e-mel daripada Kak Wan Mahani, editor Maskulin juga mengubat keresahan. Jazakallah.
Terima Kasih kepada sahabat-sahabat yang memahami dan sudi melayahkan kata-kata semangat. Jangan risau. Aku akan sentiasa positif. Terima Kasih juga kepada boss yang sangat-sangat mengerti.
Air mata aku tumpah banyak sekali sejak Isnin yang lalu. Cukuplah. Cukup. Ya, sekurang-kurangnya, aku ada sahabat-sahabat yang memberi semangat mendepani saat paling sukar ini. Doakanlah. Moga aku diberi seribu ketabahan, kesabaran dan kekuatan oleh Allah!
Moga-moga aku setabah Bilal bin Rabah!
* Usah bersedih lagi (Eh! Ini tajuk lagu Anuar Zain bukan?). Cukuplah. No stress at all.