BAHAGIA YANG MANA?

Ada ngilu merambat perasaan.
Sukarnya menerima apa yang ditakdirkan.
Wahai hati terimalah seadanya.
Takdir yang Dia tentukan.
Apalah ada pada kebahagiaan dunia sedangkan
Aku memerlukan bahagia yang jauh abadi
di laman Sana nanti.

Wahai kesedihan pergilah menjauh daripadaku.
Ya Rabb, bantulah aku. 

* Nur Qistina Hayani needs your help to ensure a more brighter future ahead. She is suffering from Hepatoblastoma – a type of Liver cancer. Please donate for her.

DOA

… dan aku berdoa agar sicilik dan suri terhindar dari dugaan yang satu ini. Cukuplah aku sahaja. Cukuplah aku yang derita sahaja. Ya Khalil, makbulkan doa hambaMu yang hina ini.

* Nur Qistina Hayani needs your help to ensure a more brighter future ahead. She is suffering from Hepatoblastoma – a type of Liver cancer. Please donate for her.

 

PANGGILAN

Prolog

Sahabat, usahlah risau. Aku akan terus tabah mendepani segala dugaan yang mendatang. Aku ada kalian, bukan?

Satu

Lewat mesej elektronik yang aku kirim tempoh hari. Aku menerima panggilan telefon dengan suara esak tangis di corong telefon. Terima Kasih sahabat kerana begitu prihatin dengan apa yang aku lalui saat ini. 

Dua

Lewat surat elektronik yang aku kirim kepadanya tempoh hari. Aku menerima panggilan telefonnya dari Glasgow. Terima Kasih sahabat. Sanggup kau berhabis ringgit untuk bertanya khabar dari jauh.