Archive for April, 2007

April 14th, 2007

KADANG-KADANG VS SELALU

Posted in bebas by Rudy

Katanya, “Kadang-kadang ada perkara yang kita tidak boleh lupakan walaupun kita cuba untuk melupakannya.”.

“Bukan kadang-kadang, tetapi selalu“, Aku. Tidak setuju.

April 12th, 2007

BODOH

Posted in bebas by Rudy

Kalau tidak mahu bayar khidmat juru acara seperti kami ini tidak mengapa. tapi, tolong jangan bangkitkan perkara-perkara yang tidak relevan. Cakap yang bukan-bukan dan alasan yang langsung tidak munasabah.

Sudahlah bagi info program pagi ini, majlis mahu berlangsung malam ini. Kemudian dipaksa menghadiri reheasal program jam 5 petang ini. Itupun dengan short notice. Kemudian sindir lagi, kami tidak boleh dibayar kerana ini acara rasmi jabatan. Kalau kami kena bayar jawabnya nanti pembaca doa pun akan tuntut bayaran. Tapi masalahnya kalau pensyarah beri ceramah boleh pula kena bayar? Kalau macam itu, boleh sahaja cakap pensyarah pun tidak perlu dibayar sebab ilmu ceramah itu untuk mendidik anak bangsa. Sudahlah begitu, teks kami kena sediakan. Keadilan itu di mana?

Ini yang aku malas nak berurusan dengan orang yang sangat berkira dan bersandarkan “ini majlis rasmi jabatan”. Bible mana dia ikut? Bodoh. 

April 9th, 2007

PEMANAS MAGIS

Posted in bebas by Rudy

* iPod percuma di sini

l.

Fukushima. Haru (Musim Bunga) yang sangat dingin. Salji masih menempel di ranting kayu momiji (maple). Saat ia cair menitis ke bumi memang diharapkan semua orang. Cepatlah berlalu. Biar segera mekar sakura dan tulip. Betapa segarnya menghirup aroma bunga yang mekar tanpa mata berkedip.

Sejuknya. Sejuknya. Sejuknya. Jam menunjukkan angka 3 pagi. Loceng jam berdenting bingit menusuk telinga. Itu ialah jam untuk memaksa aku bangkit Subuh. 4.30 pagi matahari tumbuh menandakan syuruk. Luputlah waktu Subuh. Jadi, aku kena bangun solat seawal pagi, sedangkan adik-adik aku masih bermimpi dengan bantal golek masing-masing di Kota Lumpur. Cemburu.

“Arghh! Sejuknya! Sejuknya! Sekejap lagilah”, Aku. Dalam futon (selimut jepun) yang tebal dan hangat. Loceng jam aku matikan. Aku menyambung mimpi.

Jam 8 pagi. Jam kedua berbunyi. Bunyi untuk mengasak aku ke kelas pagi. Kena mengejar densha (keretapi letrik) sebelum jam 8.40 pagi.

“Arghh! Terlepas Subuh lagi!”, Aku. Tepuk dahi. Berdosa.

ll.

Fukushima. Esoknya. Setelah insaf.

Sebelum tidur, set heater empat puluh minit sebelum Syuruk. Mesin pemanas yang magis hidup sendiri.

Jam 4.00 pagi. Loceng jam berdenting bingit. Biarlah jiran aku terganggu tidurnya. Apato (apartmen) yang hanya dipisahkan oleh beberapa inci dinding asbestos, yang boleh kedengaran apa sahaja aktiviti jiran tetangga. Termasuk aktiviti “itu“! Opss!

Tapi aku masih malas. Kantuk yang amat. Hinggalah 20 minit kemudian. Dalam pejam mata. Aku rasa sangat panas. Aku berpeluh kepanasan. Rumah bagaikan api! Wohhh! Segera aku melompat keluar dari dalam futon. Pemanas magis ini terlalu meningkatkan suhu rumah. Aku terlupa menala suhu kepada yang sepatutnya semasa set supaya ia hidup sendiri malam tadi. Tiga puluh lapan darjah selsius! 

Hasilnya? Ya. Ya. Aku dapat Solat Subuh dengan tenang dengan ditemani pemanas magis hadiah ayah Nahoko. Oh! Nahoko.

* Ingatan untuk Nectar yang sedang mengalami Subuh yang sangat awal dengan dingin Musim Bunga di Bumi Shinto.