Archive for April, 2007

April 23rd, 2007

KASTA DAN TANDAS

Posted in bebas by Rudy

Pertamanya, layanan berkasta-kasta di Malaysia ini tidak selari dengan kehendak Tuhan yang melayan hambanya sama rata. Tidak kira engkau kaya atau miskin. Sopak atau cantik.

Idea Tok Timbalan Menteri supaya guru dan murid berkongsi tandas banyak hikmahnya. Harap bukan dalam hal persekolahan sahaja hendaknya. Layanan berkasta-kasta sebegini kepada Pak Menteri, pentadbir dan siapa juga yang merasakan dirinya VIP/VVIP juga perlu dihentikan. Barulah adil, dan dapat juga mereka rasa kesusahan marhaen.

Biar yang susah sama di rasa. Senang pula sama dinikmati. Tak begitu Tok Menteri?

April 19th, 2007

PERGI

Posted in bebas by Rudy

Pergilah engkau makhluk jahat. Jangan ganggu kehidupan aku.

“Wakul ja al haq. Wazaha kol bathil. Innal bathil. Kana zahu qo!”.

 

April 18th, 2007

TAHU-TAHU

Posted in bebas by Rudy

Tahu-tahu sahaja badan sudah panas. Tahu-tahu sahaja kepala sudah berat. Tahu-tahu sahaja badan sudah sakit-sakit. Tonsil. Kemudian demam. Doktor bagi surat cuti sakit dua hari. Tapi, aku datang kerja juga. Degil.

“Cuaca tak menentu. Sebelah pagi panas terik. Petang pula guruh berdentum dengan hujan lebat”, Mak. Dari corong telefon.

“Dosa banyak ni mak. Kafarah mungkin.”, Aku. Insaf.