KASTA DAN TANDAS
Pertamanya, layanan berkasta-kasta di Malaysia ini tidak selari dengan kehendak Tuhan yang melayan hambanya sama rata. Tidak kira engkau kaya atau miskin. Sopak atau cantik.
Idea Tok Timbalan Menteri supaya guru dan murid berkongsi tandas banyak hikmahnya. Harap bukan dalam hal persekolahan sahaja hendaknya. Layanan berkasta-kasta sebegini kepada Pak Menteri, pentadbir dan siapa juga yang merasakan dirinya VIP/VVIP juga perlu dihentikan. Barulah adil, dan dapat juga mereka rasa kesusahan marhaen.
Biar yang susah sama di rasa. Senang pula sama dinikmati. Tak begitu Tok Menteri?


hazri says:
Sesungguhnya setiap manusia itu sama disisi Allah S.W.T…Hanyasanya yang membezakan darjat manusia itu disisi yang Maha Adil ialah ketaqwaan kepadanya.Semulia-mulia manusia di dunia apabila mati kembali ke dalam tanah menjadi santapan ulat-ulat.Iman dan amal menjadi bekal untuk menjawab “soalan bocor” dalam peperiksaan “alam barzakh” yang paling susah nak dijawab betul jika bekalan tidak mencukupi.
April 23rd, 2007 at 12:22 pm