March 13th, 2007
“Minum banyak air. Elakkan berada di bawah terik mentari. Hadkan aktiviti luar.”
Bising mulut emak memenuhi corong telefon. Emak; selagi adanya hayat, selagi itulah mulutnya tidak sepi dari nasihat. Meskipun anaknya sudah beranak-pinak dan tiga puluhan umur menginjak. Â
[Jam 5 pagi, kipas terhenti. Hangat. Bekalan elektrik terputus sehingga tengah hari. Sicilik itu bukannya boleh berpeluh. Merengeklah ia saban waktu hari ini.]
Kota Lumpur semakin panas. Oh! ini baru dunia. Bagaimana di SANA nanti?Â
March 12th, 2007
Dalam sebuah bilik di Kementerian itu ada empat orang panel. Tuan CEO. Pendaftar U*TM. Pendaftar UT*M. PSM F48. Dia duduk di hadapan mereka. Terkulat-kulat. Soalan bertubi-tubi. Dia jawab berapi-api. Tapi tidak tahu jawapan dia itu berisi atau hampas kelapa. Kalau ada rezeki tidak ke mana. Kalau tidak ada, anggaplah dia perlu berusaha lagi.
Bukankah hidup ini satu perjuangan? Tak begitu faiyun.com?
March 9th, 2007

kredit foto: http://look_again.blogspot.com/
Sesekali bila teringat kehidupan di Fukushima, aku tidak akan lupa ikan ayu panggang yang hanya boleh didapati ketika musim panas akan bertukar ke musim luruh. Ikan ini akan dilumur shiyo (garam) dan kemudiannya di”sula” dengan buluh sebelum dipanggang di atas bara.Â
Rasanya amat manis dan enak sekali apatah lagi, ianya masih segar. Selalunya aku santai bersama Takahashi okaasan dan keluarga di hadapan rumah memanggang ikan ini setiap kali musim ayu ditangkap setiap tahun.
Ikan ayu ini istimewanya mudah diceraikan tulang dari isinya. Hanya menggunakan kecekapan tangan dan kayu penyepit (chopstik). Aku sering gagal pada awalnya untuk memisahkan tulang dari isinya. Tetapi, bila sudah biasa, alah bisa tegal biasa. Mula-mula ikan tersebut di tekan-tekan dengan kayu penyepit, supaya isi tidak melekat dengan tulang. Kemudian pegang kepalanya dan tarik ekor ikan keluar dari badan. Selepas itu, boleh makan ikan dengan perahan limau dan soy sauce (kicap masin Jepun).
Oh! Oshii yo! (oh, enaknya!)Â