March 13th, 2007

NASIHAT PANAS

Posted in bebas by Rudy

“Minum banyak air. Elakkan berada di bawah terik mentari. Hadkan aktiviti luar.”

Bising mulut emak memenuhi corong telefon. Emak; selagi adanya hayat, selagi itulah mulutnya tidak sepi dari nasihat. Meskipun anaknya sudah beranak-pinak dan tiga puluhan umur menginjak.  

[Jam 5 pagi, kipas terhenti. Hangat. Bekalan elektrik terputus sehingga tengah hari. Sicilik itu bukannya boleh berpeluh. Merengeklah ia saban waktu hari ini.]

Kota Lumpur semakin panas. Oh! ini baru dunia. Bagaimana di SANA nanti? 

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

5 comments

  1. kingbinjai says:

    tidak terbayang panasnya

    >>> Tapi ramai manusia zaman ini tidak takut lagi dengan kepanasan itu.

    March 13th, 2007 at 10:52 pm

  2. tipahlawa says:

    Ibu,
    Agungnya seorg ibu…
    Ratu hati setiap anak…
    *******************

    Naluri ibu amat tajam kan Rudy.. Mcm mak tipah, tak perlu nak diluah dengan kata-kata, dia sudah tahu apa ada dlm hati anaknya hanya melalui mata.. Hanya dengan melihat.. Subhanallah… Agungnya ibu!

    >>> Ya, aku setuju. Ibu teragung.

    March 14th, 2007 at 8:53 am

  3. rena says:

    ibu itu seorang perempuan yang sering berpesan-pesan dan mengabaikan angka pada umur kita..

    selagi dia masih mampu berpesan, terima saja..

    >>> Ibu citra hidup manusia.

    March 14th, 2007 at 10:36 am

  4. radengaloh says:

    kepanasan di sini adalah untuk kita berfikir tentang kepanasan di sana, itupun Tuhan beri sekelumit rasa panas dari rasa panas sebenar di sana…

    >>> Pastinya aku tak tahan dengan kepanasan di sana. Takutnya! 

    March 14th, 2007 at 12:49 pm

  5. MBA says:

    Rudy, saya di Fukushima sekarang, singgah jap on the way to Universal Studio, Osaka.

    >>> Alamak, natsukashii na…

    March 14th, 2007 at 9:06 pm