CARI MENANTU

* iPod percuma di sini   

“Macam mana ni along. Bapak suruh Amir kahwin. Tapi Amir kerja pun tak lagi. Posting pun tah bila. Duit memang tak ada.” Kata dia satu hari.

“Amir, setuju tak dengan pilihan bapak?”, Aku.

“Amir ikut jer kata bapak. Sebab budak tupun Amir kenal dulu masa kecik-kecik. Amir malas nak pikir dah soal cinta ni. Cukuplah Amir kena tinggal dengan m*** dulu”. Katanya lagi dengan nada kecewa.

“Kan along dah cakap. Bercinta zaman U ni tak ramai yang istiqamah. Along pun sama. Akhirnya jodoh dengan orang lain jugak”. Aku. Tertahan-tahan.

“Tapi, macamana ni along. Bapak nak Amir bersatu bulan 3. Yalah, bapak nak dulukan duit dia. Tapi, malulah. Lelaki macam saya ni nak kahwin pinjam duit bapak”. Dia lagi.

“InsyaAllah Amir, kalau Amir bersungguh, Allah bukakan rezeki Amir nanti. Kalau KUN Allah kata, maka jadilah ia. Sekelip mata sahaja. Tengok je along dulu. Nak kahwin lagi 6 bulan tapi duit memang tak ada. Tapi Allah buka rezeki sekelip mata. Roda Impian jadi tempat Allah bukakan rezeki kahwin along. Along percaya rezeki Amir murah. InsyaAllah Mac ni dah sah jadi suami orang!”, Aku. Yakin dengan Allah.

Itu perbualan aku dengan Amiruddin pada akhir Disember lalu. Alhamdulillah, berkat doa semua dia akhirnya disatukan dengan pasangannya semalam secara langsung di TV9. Aku doa dari jauh. InsyaAllah, malam esok kami di majlis persandingannya yang diadakan gilang-gemilang di PICC, Putrajaya.

Terima Kasih sudi menjemput ke majlis perkahwinan kalian berdua. InsyaAllah kami datang meraikan di PICC, Putrajaya. Aku doakan kesejahteraan perkahwinan kalian sepanjang hayat.

Nah! Kalian, Allah maha adil bukan?

* Tivi Sembilan dekat di hati~ :p

SOALAN BOCOR

* iPod percuma di sini  

Aku terkulat-kulat. Melampau sungguh wartawan yang satu ini. Kerana beritanya semalam, Pak Menteri minta laporan kepada Ketua Jabatan. Ketua Jabatan minta aku siapkan draf jawapan. Siasat sana. Siasat sini. Berulang-alik dari tingkat satu ke tingkat empat. Nah! Akhirnya siap juga jawapan.

“Soalan bocor” dengan “soalan tahun-tahun lepas” bukanlah satu definisi yang sama! Itu jawapan aku. Harap Pak Menteri faham. Kau tak faham? Tak mengapa. Sila Abaikan.

ORANG SAINS VS BUSH

* iPod percuma di sini 

Sibuk. Bermakna aku tidak akan sempat menatap akhbar hujung minggu dengan baik seperti mana selalu aku peruntukkan 2 jam untuk akhbar-akhbar hujung minggu. Rugi rasanya kerana baca lambat Mingguan Malaysia (baca: Aku suka ruangan rencana) minggu lepas yang amat banyak ilmu.

Aku hanya sempat membaca keseluruhan akhbar mingguan BM, MM, THE STAR dan HARAKAH semalam. Kemudian, gunting-gunting keratan itu untuk simpanan. Agaknya dengan kesibukan menjadi polis dunia jugalah Bush terkutuk itu tidak ada masa untuk membaca buku atau akhbar. Hanya berpandu kepada nota-nota pegawai di kiri kanannya. Maka tidak hairanlah kalau dia tersilap membuat pertimbangan akibat terlalu percaya kepada pegawai-pegawainya.

Ironisnya, apa perasaan kalian sebagai umat Islam jika membaca artikel ini? Ini antara rencana yang paling bermakna ketika membaca Mingguan Malaysia 18 Mac 2007 yang lalu:

“Menjawab masalah Zai dari Teluk Intan (MM 11 Februari), saya tidak percayakan sihir, jin atau syaitan. Ia pembohongan besar. Tidak ada seorang pun di muka bumi ini jumpa jin kecuali zaman nabi. Tak tahulah. Hari ini orang bukan Islam menguasai segala-galanya menggunakan fakta sains. Kita doa banyak-banyak pun tidak boleh mengatasi mereka. Amerika mengatasi angkasa lepas, selamat pergi balik, orang kita kenduri satu kampung, berdoa belum tahu lagi selamat.

Dengan jawapan doktor, saya pasti Zai tidak boleh mengubati sakitnya. Jika perlu, jumpa pakar jiwa bukan bomoh. Saya kecewa apabila ada orang sakit, kena santau, katanya, ada orang buat. Jumpa bomoh keluarkan jarum, kaca yang langsung tak masuk akal.

Dahulu ada berita seorang ahli sukan kata, dia batalkan perkahwinan dengan seorang gadis kerana buatan orang. Karut. Gadis 23 tahun di Taman Cempaka Durian Tunggal Melaka keluar kristal dari ibu jari kaki. Semuanya ini boleh dijawab dengan kaedah sains. Tunggulah nanti. Bukan kuasa ghaib jin atau syaitan.

Orang Barat seperti Amerika akan tubuhkan universiti menuntut ilmu sihir, santau dan ‘buatan orang’ kalau ia terbukti benar kerana kosnya lebih murah dan senang.

Kita asyik dengan halal dan haram. Hinggakan ramai perempuan yang berselubung hanya nampak dua biji mata sahaja. Ada juga kepala bertudung tetapi badan mengancam.

Orang dah mati mana ada seksa kubur. Malaikat Munkar dan Nakir tidak ada dalam kubur. Doa 24 jam tanpa henti, keadaan mayat lepas itu mula busuk dan berulat bergantung kepada tanah kubur. Kalau adapun alam roh, bukan manusia lagi. Deria rasa sakit, nikmat hanya ada pada makhluk bernyawa. Fikir-fikirkanlah! – Orang sains “

Alhamdulillah, Ustaz Amran Kasimin dapat menjawab soalan Orang Sains ini dengan baik sekali. Dah baca? Bacalah dengan nama TuhanMU yang agung. Jangan jadi macam Bush yang malas membaca!

Nota kaki: Jawapan dapatkan di sini.