SARAWAK
Ini bukanlah kali pertama aku menginjak Bumi Kenyalang. Langit Kuching penuh awan tatkala aku mendarat pada rembang senja 11 Februari yang lalu. Selain menghadiri mesyuarat yang begitu padat jadualnya, aku sempat berkeliling Bandaraya Kuching dengan seorang pemandu pelancong yang sudi membawa aku secara percuma! Terima Kasih ya!
Nasi Paprik Satok
Malam itu aku merasa nasi paprik Satok. Terkejut bila dihidangkan nasi ayam kosong dengan papriknya pula berwarna hitam. Aku menguis paprik hitam tersebut dan terlihatlah ayam panggang (untuk nasi ayam) dan sayur kobis. Aku menyuap ke mulut. Oh, rupa-rupanya paprik Satok ialah sayur kobis dan ayam panggang yang dimasak kicap. Rasanya? Sedap! Â
Pasar Satok

Ini buah apa?

Inilah buah dabai.
Berkelana hujung minggu ke Sarawak memang ada hikmahnya. Dapatlah jua merasai kemeriahan Pasar Satok yang luas. Pelbagai jenis barangan dari makanan hinggalah ke hasil kraftangan dijual pada harga yang berpatutan. Banyak juga buah-buahan hutan yang tidak pernah aku lihat dijual di pasar ini, antaranya buah Dabai. Rasanya? Entah, akupun tidak tahu. Takut nak membeli kerana aku dimaklumkan cara makannya yang sedikit rumit.
Terubuk Masin

Terubuk Masin menanti kalian.
Terubuk masin adalah ikon jika berkunjung ke Sarawak. Penuh bagasi aku dengan tempahan terubuk masin ini. Pelbagai saiz dijual. Dari yang 4 ekor sepuluh ringgit hinggalah seekor sepuluh ringgit terjual. Tip paling berguna untuk membeli terubuk masin ialah dengan ditemani orang tempatan. Contohnya, aku beli yang 4 ekor sepuluh ringgit, tetapi disebabkan pemandu pelancong aku yang sudah biasa membawa pelanggan, makanya aku dapat percuma seekor terubuk masin! Sekali lagi, terima kasih kepada pemandu pelancong aku yang cukup memahami! Ha! Ha!
Kek Batik Sarawak
Pernah merasa kek batik Sarawak. Pembuatannya memang rumit. Jadi, kalau harganya mencecah ratusan ringgit itu sudah jadi kebiasaan. Aku berkesempatan dibawa pemandu pelancong aku ke rumah seorang pengusaha kek batik di seberang Sungai Sarawak dari hotel penginapan aku. Pelbagai jenis, bentuk, nama dan rasa kek batik ada terjual pada harga yang rendah. Boleh dapat pada harga sepuluh ringgit sebesar lengan dewasa.Â
Sate Sarawak

Sate Sarawak

Tapi harganya!!
6 cucuk sate ayam berharga enam ringgit! Mahal! Rasanya? Lain dari yang lain. Aku rasa rempah yang digunakan tidak sama dengan apa yang digunakan di Semenanjung.
Mee Kolok

Mee Kolok memang sedap!
Kalau ke Sarawak, memang tidak sah kalau tidak merasa mee kolok. Mee kolok ini seperti mee maggi. Rasanya? Aku tak boleh hendak ceritakan. Lemak dan ia dimakan begitu sahaja atau dengan sup. Harga untuk semangkuk mee kolok berharga RM2.80. Murah!

Licin!
Laksa Sarawak
Tak sempat merasa. Tapi disebabkan aku sudah merasainya tempoh hari, aku tidak mahu mengulas lanjut. Boleh sahaja dibaca di sini.Â
Budaya “hygineâ€
Kalau makan di mana-mana restoran di Kuching, sudu dan garfu akan disediakan dalam rendaman air panas. Aku terkejut juga, pada mulanya. Kata sahabat aku, betapa “hygieneâ€nya orang-orang Sarawak. Kalau di Kota Lumpur sudu dan garfu diletakkan begitu sahaja. Selalunya, aku akan lap dengan tisu sebelum digunakan untuk menyuap makanan ke mulut. Â
Pertemuan
Aku usai solat Jama’ Takdim dan Qasar Magrib di surau Baitul Mal Kuching ketika seorang lelaki menegur aku. Aku ingat wajahnya tapi lupa namanya. Dia rakan sekolah semasa aku di Muar dahulu. Aku tepuk dahi, masyaAllah! Baru aku teringat. Dahulu aku berkaca mata, tapi dia masih boleh mengenal aku.
Kami berbual lima belas minit sambil berbicara kisah masing-masing setelah kali terakhir bertemu semasa mengambil keputusan peperiksaan SPM pada tahun 1995! 12 tahun tidak bertemu! Dia baru pulang dari UK selepas menghabiskan pengajian dan bekerja di sana. Pulang ke Kuching dan bekerja dengan syarikat milik keluarga. Kami tidak sempat berbual panjang. Aku ada urusan yang perlu diselesaikan Kami bertukar-tukar nombor telefon. InsyaAllah ada umur panjang jika ditakdirkan aku bertugas di Kuching lagi, insyaAllah kami boleh borak panjang.
Pulang
Jam enam petang Ahad itu aku selamat mendarat di Kota Lumpur semula. Bahang dan panas meruap wajah. Selamat Datang ke dunia bingit dan sesak semula.
Terima Kasih Sarawak. Pasti, aku kembali.

