DIA II
(Dedikasi buat Myas)
Pendebat ini aku ikuti sejak penyertaan sulungnya dalam pertandingan debat peringkat dalaman. Dua kali aku menjadi hakim kumpulannya. Kepetahannya mengemukakan hujah, mencelah dan mematahkan hujah lawan amat aku kagumi. Meskipun kumpulannya tidak memenangi sebarang hadiah diakhir pertandingan, sekurang-kurangnya dia dinobatkan sebagai pendebat terbaik keseluruhan pertandingan. Aku mengikuti perkembangannya sedikit demi sedikit dari jauh. Bermula dengan Debat dalaman hinggalah ke peringkat kebangsaan!
Beberapa kali aku teruja dengan bicaranya. Pernah sekali aku bertanya, dari mana kekuatan yang dia dapat untuk lantang berdebat sebegitu. Jawabnya, nantilah dia akan bercerita kemudian. Katanya lagi, dia bermula dengan kisah sedih hidupnya. Aku terdiam. Tidak terkata apa-apa. Jawapannya begitu spontan. Malah, aku tidak tahu mengapa dengan aku dia boleh mahu menceritakannya pula. Aku beri peluang untuk dia mencari masa. Biar dia bersedia dan aku tidak akan bertanya lagi, walaupun rasa ingin tahu meluap-luap di dada.
Suatu hari, kami ditakdirkan bersua. Sepetang itu dia menceritakan segala-galanya. Bagaimana dia mendapat kekuatan untuk berdebat sekaligus melupakan kesengsaraan hidupnya. Selama hampir dua jam itu aku banyak membisu. Hati jadi begitu sebak. Hampir-hampir menitiskan air mata. Aku minta kebenaran daripadanya untuk menulis kembali kisah hidupnya. Untuk dijadikan azimat kepada remaja di luar sana. Mahu dengar ceritanya?
“Saya anak bekas banduan!â€, tegasnya memberitahu aku petang itu. Aku terpempan. Sungguh! Aku sendiri tidak menyangka perkataan itu keluar terpacul dari mulutnya.
Dia lahir sebagai anak kedua tetapi sulung lelaki di mata keluarga. Dia bukan dari keluarga yang bahagia. Ayahnya seorang bekas banduan yang disabitkan kesalahan berat salah guna senjata api. Nyaris-nyaris ke tali gantung kalau tidak kerana kecekapan peguam yang mewakilinya.
Selama tiga tahun sejak tingkatan 3 dia tidak berbapa. Ibu mengambil alih beban galas mencari sesuap nasi keluarga. Ayah di penjara menunggu hukuman dijatuhkan. Turun naik mahkamah memang menyeksakan, katanya. Sekelip mata 3 tahun berlalu hinggalah hari dijatuhkan hukuman. Ayahnya dijatuhkan3 tahun penjara dengan 6 sebatan. Oleh kerana ayahnya telah dipenjarakan selama 3 tahun sementara menanti mahkamah selesai bersidang, maka hukuman penjara terhapus.Tetapi enam sebatan itu wajib diterima.
Dialah yang dipertanggungjawabkan untuk membawa ayahnya pulang seusai enam sebatan dijalankan. Sepanjang perjalanan, ayahnya tertiarap mengerang kesakitan dalam kenderaan. Dia berharap ayahnya insaf selepas enam sebatan itu, tetapi, rupa-rupanya tidak. Dialah anak yang meletakkan ubat luka atas biratan sebatan dipunggung ayahnya. Berbulan-bulan sehingga luka sebatan itu kering dan tumbuh kulit baharu.
Hidup sebagai anak banduan memungkinkan kehidupannya mengalami kesukaran. Siapa tahan kalau dipulaukan rakan-rakan sekolah. Itu belum lagi diejek dan dinista rakan sekuliah. Tertekan dengan itu, dia nekad berhenti sekolah. Untuk apa ke sekolah kalau hanya untuk dipulau dan diejek rakan sekuliah. Tetapi hasratnya tidak kesampaian. Pengetua dan Kaunselor tidak merelakan. Kata Kaunselornya, ambil sahaja cuti semahunya. Hinggalah dia benar-benar boleh menumpukan perhatian semula kepada pelajaran. Maka, sepanjang tingkatan 4 hidupnya hanyalah di rumah dan berpeleseran dengan kawan-kawan yang akhirnya menjahanamkan hidupnya.
Benarlah kata orang, salah memilih sahabat boleh menyebabkan kita menjadi jahat. Lagi-lagi dengan tekanan hidup dengan keluarga yang sebegitu. Bermulalah kehidupannya dengan berpeleseran setiap hari. Selagi embun tidak menitis, selagi itu dunianya dipenuhi dengan rakan-rakan yang kononnya memahami! Arak diteguk semahunya. Ganja dan ekstasi menjadi makanan harian. Seks bebas? Argh, aku tidak mahu menceritakannya. Sungguh! Aku gerun dengan pengalaman hidupnya!
Dia menceritakan kepada aku satu persatu secara terperinci bagaimana dia meneguk arak itu berjag-jag bagai minum air lagaknya! Ganja yang dihisap bagai memberikan dirinya sayap untuk terbang dari satu awan ke awan. Menari dengan ekstasi sudah menjalar dalam pembuluh darah amat menyeronokkan. Segala masalah hilang dan dia terperangkap dalam syurga buatan, tanpa sedar ia merosakkan!
Hinggalah suatu hari, ketika pulang dengan kepala pusing penangan ekstasi arak dan ganja. Merangkak dia ke pintu rumah. Ketuk dan tendangnya sekuat hati mengejutkan ibu di rumah. Ibu mana yang tidak sedih melihat anak harapan jadi begitu. Bebelan ibu di pintu rumah pada dinihari itu, dirasakannya nagai api yang membakar telinga. Kewarasan diri sudah tiada. Terjadilah insiden yang tidak disangka-sangka. Sang ibu yang tidak bersalah dipukul dan ditendang dia. Jatuhlah ibu tanpa diduga. Tangis ibu melata sambil menggoncang-goncang tubuh badannya. Apakah anak yang dikandung ini akan berkesudahan menjadi sampah bangsa!
Seminggu dia dikurung dalam bilik oleh ibunya. Menjerit-jeritlah dia minta dilepaskan. Pintu ditendang tetapi sekuat manalah kudratnya yang diamuk resah ketagihan arak dan ganja? Hanya pada waktu makan, ibunya menyua nasi dan lauk. Katanya, dia bagai kucing peliharaan yang terkurung dalam sangkar dengan makan disua!
Akhirnya, berkat doa ibu. Kekesalan tumbuh menyelubungi diri. Demi ibu yang disayangi, dia nekad berubah. Tahun berikutnya, dia menyambung persekolahan di tingkatan lima.
Biarpun kehidupa sekolah bagaikan neraka. Dia buat endah tak endah sahaja. Selama beberapa bulan itu dia berhempas pulas menghadapi peperiksaan SPM. Alhamdulillah, kejayaan menjadi miliknya. Pada masa inilah dia berminat dengan pidato dan debat. Mewakili sekolah kemudian daerah dan akhirnya peringkat negeri. Kalau dengar namanya bertanding, kecut pendebat dan pemidato lainnya. Entah mengapa, betapa adilnya Tuhan, setiap kali pertandingan, kejayaan sentiasa menjadi miliknya. Pernah sekali ketika diminta berucap selepas memenangi pertandingan pidato peringkat negeri, dia ditanya pengerusi majlis. Untuk siapa kemenangan tersebut.
Dia spontan menjawab; untuk ibu yang sentiasa mendoakannya. Juga untuk ayah yang telah menjadi sebab kelahirannya. Ibu dan ayah di kerusi hadirin menitis air mata! Apatahlagi si ayah bagaikan baharu sahaja tersedar dari mimpi lantas mengakui kesilapan diri.
Hasrat ke universiti jelas tertanam dalam diri. Tiada lagi dia menoleh ke belakang lagi. Kali ini STPM pula jadi taruhan. Moga-moga ada rezeki untuk bergelar pendidik satu hari nanti. Alhamdulillah, usaha tanpa jemu membuahkan hasil untuk diri. Siapa tidak bangga, anak yang pernah menjadi sebutan guru-guru sekolahnya bakal menjadi sampah masyarakat menjadi pelajar terbaik STPM sekolahnya. Universiti dipilih dan pilihannya tepat ke riba!
Alhamdulillah, pada hari ini ketika aku berbual dengannya, dia sudah berada di semester kedua pengajiannya. Seorang remaja yang sedang merangkak ke alam dewasa. Perjalanan hidupnya pernah hitam. Itu mematangkan, jelasnya. InsyaAllah, jika dia terus beristiqamah selama 3 tahun lagi, aku pasti skrol ijazah pendidikan akan tergenggam di tangan! Itu janjinya kepada ibu tercinta. Biarlah ayah dengan dunianya.
Usai dia bercerita. Aku lihat ada titis jernih di matanya. Aku ikut sebak. Cerita begini bukan ilusi sifatnya. Selalu sahaja kita baca di media, tetapi pengalaman mendengar sendiri cerita ini dari mulut mereka yang mengalaminya merupakan bonus yang tidak disangka-sangka. Sesukar aku diduga Tuhan dengan sakit yang ada, hebat lagi derita yang dia rasa.
Moga-moga Tuhan pelihara dia.


ayobkelubi says:
alhamdulillah dia berjaya keluar dari dunia yg kosong itu.
hidup ini maha adil kan?
ucap tahniah kepada dia dari saya yah!.
semoga dia akan jadi pendidik yg terbaik!
>>> giliran aku pula kena keluar dari lohong kegelapan. doakanlah. salam kau aku dah sampaikan.
February 16th, 2007 at 10:04 am
ajami says:
salaam bro,
tq 4 visiting my blog.. actually sblm nih saya pernah mai sini masa blog-hopping.. u r a very good writer! Al-hamdulillah.. btw, tq gak coz kasi peringatan tuh.. itu cuma sample nk share ‘how to open a scene’ dlm skrip.. saja nk kongsi ilmu dgn sapa2 yg nk jd scriptwriter.. InsyaAllah tak ada dajal nk cilok/plagiat cz only the original writer wrote the best story! kan?
>>> Aku pun nak berguru dengan ajami menulis skrip ini. Menarik sahaja. Mungkin tahun depan boleh masuk AFP.
Â
February 16th, 2007 at 11:33 am
kingbinjai says:
dude, hidup begitulah. susah kita ada lagi yang lebih susah.
>>> Ya, aku angguk berkali-kali.
February 16th, 2007 at 11:47 am
fajar says:
semoga si dia akan terus tabah dan bangun mengharungi hidup ini. be strong…
>>>Â Amin!Â
February 16th, 2007 at 12:00 pm
bulanbiru says:
Doa ibu satu mu’jzat krn disitulah syurga…
>>> setuju banget!
February 16th, 2007 at 4:13 pm
drnehar says:
SUBHANALLAH!!
Thanks for sharing such story with us…
Hopefully those teenagers out there having these kind of “hitam” period in life will also turn out to be like DIA II… Ameen
>>> Moga-moga. Kita doakanlah bersama-sama.Â
February 17th, 2007 at 8:48 pm
nagasinaganaga says:
aku suka kau pada kali ini
>>> Akupun suka kau. :p
February 19th, 2007 at 2:17 pm
sinaganaga says:
apa panjang sangat nama aku tu… nandayo???
>>> kau obses sangat nama NAGA tu kot.
February 19th, 2007 at 2:17 pm
lea says:
first time msk blog u …n terus membaca satu tulisan yg berkesan ..tahniah ,,sgt menginsafkan…org yg jahat bleh jdk baik jika ader kesedaran diri n hidayah dr Allah…insyallah…
>>> Mana yang baik kita ambil jadikan teladan, lea.
February 20th, 2007 at 1:42 pm
Hakim Dirani says:
Dia memang kuat.
Mudah-mudahan dia menjadi orang yang diredhoi oleh Allah.
Mudah-mudahan anda disembuhkan oleh Allah jua.
>>> Terima kasih sdr hakim. doakanlah.Â
February 20th, 2007 at 4:12 pm
kel@mbu says:
bila kita susah makan megi jgn lihat org yg mkn nasi.. tapi lihat org yg makan pasir.. – kata lecturer aku..
>>> aku setuju, perumpamaan pensyarah kau memang hebat.
February 21st, 2007 at 2:37 am
John527 says:
Very nice site! cheap viagra
April 28th, 2009 at 8:38 pm
John527 says:
Very nice site! [url=http://yieapxo.com/qroxrvq/2.html]cheap cialis[/url]
April 28th, 2009 at 8:38 pm
John527 says:
Very nice site! cheap cialis http://yieapxo.com/qroxrvq/4.html
April 28th, 2009 at 8:38 pm
John527 says:
Very nice site!
April 28th, 2009 at 8:39 pm