AKU BERMOHON

Aku dan 50 orang pelajar IPTA sedang menguruskan program motivasi 3 hari 2 malam bagi 100 orang pelajar miskin dari 3 buah sekolah menengah sekitar Selangor. Kami memerlukan penaja RM20.00 per pelajar bagi maksud ini. Saya memohon jasa baik sahabat sekalian untuk menaja mereka. Taja satu orang pun sudah cukup. Jika berminat boleh bank in ke mana-mana akaun berikut –

MBB 1621 4295 1118
CIMB 1215 0061 906526
RHB 1660 160000 8250

Segala sumbangan anda saya hargai dan hanya Allah SWT yang boleh membalasnya. Jika mahu maklumat lanjut dan bukti berkenaan program yang akan kami anjurkan pada 9-11 Mac 2006 ini sila hubungi saya di emel.

MUKHSIN

Petang ini!

Semua orang pernah jatuh cinta pandang pertama. Kali pertama terutamanya semasa zaman kanak-kanak. Cerita cinta aku bermula di Tadika lagi. Kalau diingat-ingat merah padam muka aku. Boleh buat kita tersenyum sendiri. Argh! Tak mahulah bercerita tentang ini.

*********************

Baiklah. Atas permintaan beberapa sahabat, aku cerita kisah pandang pertama semasa di tadika dahulu. Kisah yang aku ceritakan ini ada kaitannya dalam salah satu babak dalam filem MUKHSIN yang aku tonton petang tadi atas jemputan Grandbilliance Sdn. Bhd. selaku penerbit filem hasil tangan Yasmin Ahmad.

Aku dahulu sekolah tadika selama dua tahun. Lima tahun aku sudah masuk belajar [baca:makan-sekolah tadika adalah “sekolah makan”kata mak aku dahulu untuk pujuk aku pergi sekolah setiap pagi].

Aku sebenarnya minat dengan seorang gadis kecil bernama Lina. Entah mengapa aku suka bergurau dengan dia. Gurauan aku kasar. Kadang-kadang aku tarik rambut tocang dua dia. Bila dia nangis aku pujuk dengan gula-gula yang aku curi dari kawan aku!

Entah mengapa satu hari, Cikgu Jamilah yang mengajar sekolah tersebut melihat aksi Lina dan kawan-kawannya bermain pengantin olok-olok di satu sudut. Disebabkan tiada pengantin lelaki, Cikgu Jamilah yang seakan tahu aku meminati Lina segera menarik aku duduk di atas pelamin olok-olok yang memang ada di satu sudut tadika tersebut.

Aku tersipu malu bila disandingkan. Apatah lagi kawan-kawan semua bertepuk tangan dan buat aksi kompang seperti dalam filem MUKHSIN. Sejak itu, aku kena ejek dengan kawan-kawan aku. “Rudy nak Lina” berulang-ulang kali sehinggalah tamat kami bersekolah tadika tersebut selama 2 tahun.

Hajat aku berkehendakkan Lina tidak sampai. Bila mengetahui yang dia anak orang kaya, aku segera sedar diri dan menjauhkan diri. Aku anak orang susah. Mana boleh mengurat anak orang kaya. Kisah kami tamat begitu sahaja setelah memasuki sekolah rendah. Aku buang perasaan itu jauh-jauh kerana aku tidak setaraf dengan dia. Kemudian kami berpisah di sekolah menengah hinggalah aku datang pada hari persandingannya sejurus dia tamat pengajian dan aku pula baru sahaja kembali dari Fukushima.

[Komen dan pandangan saya selepas menonton pra tonton MUKHSIN untuk media dan bloggers di Midvalley akan saya tulis kemudian]

SEBAT

Pernah kena sebat? Pernah dahulu di sekolah oleh cikgu. Gara-gara kenakalan mengusik rakan sedarjah dan kemalasan menangani kerja rumah. Sebat dengan rotan memang menyakitkan.

Ironinya, semalam aku disebat dengan kayu nona untuk rawatan. “Rasa” sakit dan perit itu menjalar ke segenap urat saraf dan sendi. Ngilu. Merah-merah dan bengkak-bengkak badan aku kerana penangan kayu kecil itu. Aku tahu kayu kecil itu tidak menjadi sebab kepada kesakitan itu. “Rasa” yang diberi itu datangnya dari Allah. Aku mahu sembuh, jadi aku kena tahan kesakitan itu, walaupun mulut aku tidak boleh diam mengaduh dengan kata-kata yang aku sendiri tidak tahu datangnya dari mana!

Aku tahu yang sakit bukan aku. Tetapi makhluk itu. Disebabkan aku perumah, maka rasa sakit itupun aku ikut “rasa”. “Rasa” lega bila semuanya selesai. Tetapi, ia tidak akan selesai hanya setakat itu sahaja. Kena usaha dan terus berusaha. Dan yang paling penting keyakinan aku kepada DIA untuk aku keluar dari kepompong bisikan dan taklukan makhluk itu yang hakikatnya tidak berkuasa apa-apa.

Nah, kita hiduppun atas ikhsanNYA. Dapat hidup inipun sudah boleh bersyukur. Mahu apa lagi Rudy?

[Tonton Buletin Utama TV3 malam semalam?]