BINGKISAN
Semalam sempat berkomunikasi dengan sahabat. Katanya,
“…..takpelah pelan-pelan. Berubat ni memang lama. Cuma satu je time hang sakit-sakit tu ingatlah Allah. Allah tidak akan menguji orang-orang yang tidak beriman. Lagi besar dan berat ujian, lagi hebat iman orang yang diuji itu. Rahmat Allah untuk kau, tidak di dunia pasti di akhirat nanti, InsyaAllah.”
Aku angguk. Faham benar. Aku terlalu fokus pada sakit yang ada sampai tidak boleh untuk menumpukan kepada perkara lain dalam hidup. Ya, meskipun ia mengganggu. Tetapi, sekurang-kurangnya aku berhak untuk terus gembira melakukan apa sahaja (kecuali dosa) demi meneruskan kelangsungan hidup.
Cemburu? Ya, kadangkala aku cemburu dengan orang lain yang sihat. Tetapi sebenarnya itu persepsi aku sahaja. Setiap orang punya dugaan dan cabaran yang berbeza-beza daripada Tuhan. Cuma dalam keadaan aku, ia sedikit lebih daripada orang lain. InsyaAllah, selagi hayat yang ada, aku cuba sedaya upaya.
Moga-moga Allah berikan aku kekuatan. Kesabaran. Â


