RINGGIT TERPIJAK
Tiada siapa yang menolak ringgit. Ironinya, pulang dari Gombak Setia aku terus dapat jemputan adhoc mengadili Pertandingan Akhir Pidato. Tanpa mandi dan hanya sempat menyarungkan batik, segera bergegas ke tempat pertandingan. Jam 12 malam baru tamat. Rezeki sicilik nampaknya.
Sepagi ini pula sibuk dengan gotong royong memasak. Ada majlis kenduri diadakan oleh pelajar. Sempatlah menggodek kuali menumis sayur campur. Sempat juga bertanya tip-tip permainan gula dan garam dalam menambah perisa makanan daripada Pak Cik Isa dan Pak Cik Hamzah yang memang juara dalam bab memasak ini. Tak perlu guna Ajinomoto atau sebarang MSG. Aku memang alah dengan benda itu!
Kekok sebenarnya, selepas hampir 4 tahun tidak memasak sendiri seperti di Fukushima dahulu. Sejak sudah ada Suri, aku jadi begitu malas untuk memegang kuali dan sudip, sedangkan itu antara kegemaran aku suatu waktu dahulu.
Petang ini, aku menghadap komputer. Rezeki datang menggolek lagi. Ringgit lagi! Esok dapat jemputan menjadi Pengacara Majlis Rasmi sebuah jabatan. Petang ini, terkocoh-kocoh menyiapkan Atur Cara Pentadbiran dan Teks Pengacara Majlis. Tak perlu susah payah sebab semuanya sudah ada template. Hanya perlu ubah nama VVIP dan masa. Malam ini reheasal penuh. Moga-moga esok, majlis berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, meskipun diduga dengan sakit, aku masih boleh mencari rezeki untuk Suri dan Sicilik. Rezeki aku murah. Moga-moga aku tahu bersyukur.


kingbinjai says:
wah rezeki melimpah. itulah rahmat Allah. moga moga tahun 2007 ini cerah sinar rahmatNya, luas pintu rezekiNya dan murah keampunaNya kepada kita semua.
January 28th, 2007 at 10:59 pm
doBot says:
Wah..semoga rezeki makin melimpah. Erk…bila nak tambah anak? Hehehhe
January 29th, 2007 at 1:03 pm
irdhihayati says:
wahhh..alhamdulillah..rezeki thn br kut
p/s: sy cube hantar email ke
rudy@bluehiari.com..tp x dptlh
>>>> Irdhihayati, sila emel ke rudy[at]bluehikari.com bukannya rudy[at]bluehiari.com. Boleh juga ke vicenata2000[at]yahoo.com
January 29th, 2007 at 2:57 pm
kingbinjai says:
dude, sory tak reply sms. kredit habis! apa apa aku inform nanti
January 29th, 2007 at 10:51 pm
wEa says:
semoga tidak serik berjuang .. kirim salam pada orang rumah .. kalian amat baik ..
January 30th, 2007 at 12:56 am
Applydoc says:
Applydoc…
Applydoc…
January 25th, 2008 at 1:00 pm
$anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,ncaa,ncaa Betting,ncaa says:
$anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,ncaa,ncaa Betting,…
$anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,ncaa,ncaa Betting,nc…
March 10th, 2008 at 7:08 am
Arkadelphiasportsquarter862$anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsb says:
Arkadelphiasportsquarter862$anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sp…
Arkadelphiasportsquarter862$anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Spor…
March 13th, 2008 at 5:39 pm