BINGKISAN
Semalam sempat berkomunikasi dengan sahabat. Katanya,
“…..takpelah pelan-pelan. Berubat ni memang lama. Cuma satu je time hang sakit-sakit tu ingatlah Allah. Allah tidak akan menguji orang-orang yang tidak beriman. Lagi besar dan berat ujian, lagi hebat iman orang yang diuji itu. Rahmat Allah untuk kau, tidak di dunia pasti di akhirat nanti, InsyaAllah.”
Aku angguk. Faham benar. Aku terlalu fokus pada sakit yang ada sampai tidak boleh untuk menumpukan kepada perkara lain dalam hidup. Ya, meskipun ia mengganggu. Tetapi, sekurang-kurangnya aku berhak untuk terus gembira melakukan apa sahaja (kecuali dosa) demi meneruskan kelangsungan hidup.
Cemburu? Ya, kadangkala aku cemburu dengan orang lain yang sihat. Tetapi sebenarnya itu persepsi aku sahaja. Setiap orang punya dugaan dan cabaran yang berbeza-beza daripada Tuhan. Cuma dalam keadaan aku, ia sedikit lebih daripada orang lain. InsyaAllah, selagi hayat yang ada, aku cuba sedaya upaya.
Moga-moga Allah berikan aku kekuatan. Kesabaran. Â



kingbinjai says:
amin.
January 25th, 2007 at 8:55 am
SangPelangi says:
sakit..tak semestinya dugaan..
kadangkala, sihat juga ujian..
Istidraj..paling ditakuti insan yang sihat..
p/s: kalau bluehikari dari banting ke fukushima..ini dia SangPelangi, dari PasirGudang ke Shizuoka..salam ukhwah..(kalau nak exchange code,utuskan khabaran hud-hud ke sana ya?)
January 25th, 2007 at 11:26 am
naga says:
bila pindah?
January 25th, 2007 at 1:56 pm
fajar says:
sihat bukan hanya sekadar pada zahir dan fizikal. mental juga perlu sihat. dan bukan semua orang mampu mempunyai kesihatan emosi sebegitu. sabarlah dengan dugaan Tuhan.
January 25th, 2007 at 4:16 pm
SangPelangi says:
adik ipar yg nama Rokiah tu ke?? Rokiah sensei?? yang menuntut di SAitama??
January 25th, 2007 at 5:08 pm
iwan says:
hey… be tough.
tunggu aku balik kl!
tunggu!
January 26th, 2007 at 10:38 am
irdhihayati says:
kesihatan itu mmg satu nikmat…tp ramai yg terlupe kesihatan itu juga satu ujian..berbanggalah kerana anda ant org yg sentiasa sedar bhw sihat itu satu nikmat yg besar..
January 26th, 2007 at 11:17 am
Blackpurple says:
Orang lain diuji dengan kenikmatan.Kau diuji dengan kesakitan. Lain orang lain ujiannya. Sabar & tawakallah….
January 26th, 2007 at 11:30 am
SangPelangi says:
humm.. tringin nak berkongsi rasa..
saya ada nukilkan sedikit puisi tentang “sihat adalah ujian”.. ada di http://sangpelangi.wordpress.com/2006/12/10/gusar/
January 26th, 2007 at 8:12 pm
ruhana says:
semoga Allah terus memberi kekuatan buat adik utk melawan semua ini.
Jangan berputus asa, insayallah suatu hari ia akan berakhir…amin.
hanya orang yang pernah mengalami bisa memahami apa yg adik rasai.
January 26th, 2007 at 10:39 pm
zila says:
en.ludi abg ipar zila pun ada sakit yg sama, saka keturunan, before kawin ngan kakak ayh minta dia berubat sedaya yg boleh, alhamdulillah his getting more fine and skarang dah tak bersilat cam dulu lagi, kalu nak zila ley tanye dimana dia berubat dulu, kita berikhtiar, DIA yg menyembuhkan, ley tgk serasi ke tak ngan org yg abang ipar zila berubat tu
April 3rd, 2007 at 6:28 pm